Tentang Tarikan Ini :
Muzium ini ada koleksi awal mata wang dari Kesultanan Melayu, wang cengkerang sampailah replika jongkong dalam bentuk binatang dan serangga.
Senang cerita, bukan saja duit serata duinia, tapi benda pelik yang digunakan sebagai duit dari abad ke-16 lagi.
Kat sini ada 6 galeri. Dan bukan saja ada duit kertas dan syiling, tapi juga sebab Bank Negara ini kaya, ada juga satu galeri khas untuk tunjukkan koleksi seni milik Bank Negara. Ini pun laku juga.

Kredit : qusher
Pada yang suka bergambar, muzium ini juga ada beberapa spot power untuk anda OOTD. Antara yang popular termasuklah tunnel duit dan juga tangga spiralnya yang sudah lama viral.

Kredit : huangqiming
Lawatan Dengan Pemandu Pelancong
Kalau tak mahu pergi dan balik kosong, boleh ikut lawatan dengan guide.
Bukan apa, memang ada lawatan bersama pemandu pelancong untuk kumpulan pelawat dari sekolah, universiti dan organisasi bukan kerajaan. Khidmat ini percuma saja. Tapi kena tempah dulu.
Mohon 2 minggu sebelum tarikh nak melawat.
Boleh call 603-2174-1717 untuk maklumat atau pertanyaan lanjut. Kalau anda dari luar Malaysia, dan datang dengan rombongan, boleh call nombor 1-300-88-5465 untuk tujuan yang sama.
Harga Tiket
Percuma
3 Tarikan Paling Top Kat KL
JomJalan Seluruh KL