Muzium Mosaic Great Palace

Muzium kecil ini adalah tempat pameran jubin-jubin istana Great Palace of Constantinopole di zaman raja Byzantine yang hidup sekitar tahun 330 ke 1000.

Muzium Mosaic Great Palace - tarikan best istanbul turki

Istana yang gah selama ratusan tahun akhirnya ditukar menjadi penjara setelah perang demi perang berlaku di kawasan ini. Atapnya juga dijual bagi keperluan perang.

Apabila Sultan Muhammad Al-Fatih berjaya menakluk Istanbul, beliau masuk ke dalam istana ini sudah kosong dan dalam keadaan terbiar sambil berkata. “Kini labah-labah menjalinkan rumahnya di dalam istana milik Ceasar.”

Ratusan tahun kemudian, istana tinggal ini dimusnahkan untuk pembinaan Masjid Biru.

Apa Ada Di Sini?

Di muzium ini anda bakal melihat ukiran dan lukisan di jubin istana zaman silam, dan melihat sendiri bagaimana artisan zaman dahulu mengerah masa, tenaga dan keupayaan mereka menyiapkan jubin-jubin mewah dan indah yang cocok untuk seorang raja besar.

Waktu Operasi

Tutup pada hari Isnin
Selasa – Ahad : 9pg – 6:30 ptg (4:30ptg dari Nov – Mac)

Harga Tiket

Lira 7 (~€1.15)

Kredit : Wikipedia