Muzium Negara

Muzium Negara ini memang bersejarah. Dulu pernah dibom separuh hancur oleh pesawat Tentera Bersekutu semasa Perang Dunia Ke-2 tau.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara2Percuma
Pelancong Asing52
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 3 Jan 2023

Muzium ini ada 4 galeri utama. Anda boleh datang, dan tengok bagaimana Kepulauan Melayu bermula.

Ada sejarah dan artifak dari zaman hebatnya negeri Melaka sampailah kepada penjajahan British dan Jepun ke atas kita.

Muzium Negara - tempat menarik yang murah untuk rombongan sekolah

Tempat ini bukan sahaja ada barang lama. Tapi juga orang lama.

Antara artifak paling penting di Muzium Negara ialah rangka lengkap manusia tertua yang pernah ditemui di Malaysia. Namanya — Perak Man. Umurnya, 10,000-11,000 tahun.

Selain rangka manusia paling tua pernah dijumpai di Malaysia ada juga senjata perang, pasu-pasu porselin dan barangan dari kapal karam yang ditemui di sekitar lautan Malaysia. Kira harta karunlah ini.

Kalau anda suka sejarah dan suka barang lama, tempat ini memang seronok. Kalau anda sebenarnya dipaksa datang oleh Guru Besar, tak mengapa juga, sebab syok layan air-cond yang sejuk kalau dibandingkan di luar.

artifak di muzium negara

Tiket Masuk

Kanak-kanak berseragam sekolah dan di bawah umur 12 tahun masuk percuma.

Harga Tiket Walk-InDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara2Percuma
Pelancong Asing52
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 3 Jan 2023

Muzium Dengan Harga Tiket Minima Lain

Kalau anda nak ke muzium dengan harga rendah lain, boleh juga jenguk muzium tekstil, muzium telekom dan muzium matawang.

Panduan Muzium

Kalau anda mahu layan sungguh-sungguh sejarah negara ini, ada khidmat pemandu pelancong muzium percuma yang diatur oleh Sukarelawan Muzium.

Mereka yang sukarela bercerita kepada anda ini bukan sahaja orang Malaysia. Tapi juga orang asing yang fasih dalam pelbagai bahasa.

Anda akan masuk dengan mereka. Sambil mereka terangkan sejarah lanjut mengenai artifak-artifak yang dipamerkan. Ha! Terasa malu tak, orang German cerita sejarah kita pada kita? Omai.

Lawatan berpandu bermula setiap 10 pagi (kecuali hari Jumaat dan Ahad) dari kaunter tiket. Emel mvmqueries@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

3 Tarikan Paling Top Kat KL


JomJalan Seluruh KL

Senarai tarikan best di Kuala Lumpur
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan KL
Layan kedai makan sedap kat KL

Jomjalan