Isi Kandungan :
Penting: Muzium ini telah dibuka semula pada tahun 2020 selepas ditutup sejak 2017. Sebahagian kecil bahan pameran ada diletak di Jalan Macalister untuk orang awam. Muzium sementara di Jalan Macalister ini pernah menempatkan hospital bersalin, dan dikatakan antara tempat paling berhantu di Penang di belakang Muzium Perang.
Muzium negeri Penang ini dibuat dalam bangunan yang sudah berusia lebih 200 tahun. Bangunan ini sebenarnya bangunan asal Penang Free School, iaitu sekolah pertama di Tanah Melayu.
3 Tarikan Paling Top Kat Penang
Sekolah ini juga adalah sekolah yang mana Perdana Menteri Pertama kita, Tunku Abdul Rahman belajar.
Begitu juga seniman Tan Sri P. Ramlee.
Apa Ada Dalam Muzium Negeri Penang Ini?
Dah nama muzium negeri, fokusnya tentunya pada Penang.
Tapi lebih dari artifak, anda boleh tengok lukisan-lukisan lama yang mencatatkan panorama Penang satu masa dulu. Boleh tengok suasana laut Penang dulu, dengan kapal-kapal dagang dan perang, dan juga rumah-rumah agam Inggeris yang dikelilingi gunung dan bukit hijau yang cukup-cukup cantik.
Ada juga gambar kota ini semasa kamera sudah ada dicipta. Dan ada juga gambar keluarga orang lama-lama.
Banyak artifak kat dalam muzium ini sebenarnya hancur sebab Perang Dunia. Jadi apa yang anda lihat ini pun sebenarnya satu yang cukup istimewa.
Jadi antara artifak yang ada terhad kepada ada juga barang lama yang diguna satu masa dulu — keronsang, seterika arang dan senjata.
Galeri Seni
Dalam kawasan ini juga adalah galeri seni. Kat sini ada lukisan, arca dan macam-macam jenis rekaan sejak Merdeka yang ada di Penang.
Harga Tiket
RM 1
Waktu Operasi :
Setiap Hari :9 pg – 5 ptg