Muzium Nelayan Tanjung Balau

RM5.00

Selalu makan ikan tapi tak tahu jerih payah nelayan? Ini tempat nak tahu tentang mereka.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Harga bermula dari RM 5 dewasa dan RM 3 kanak-kanak utk hari biasa
Lokasi
Muzium Nelayan, Tanjung Balau, Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia

Add to Cart
muzium nelayan diorama
Muzium Nelayan Tanjung Balau
RM5.00

TUNGGAL

Dalam Negara

Muzium Nelayan Tanjung Balau kat Johor ini satu-satunya muzium nelayan yang ada dalam Malaysia.

Dan mungkin kerana ini muzium dan lokasinya agak terpencil, ini tak berapa ramai pengunjung.

muzium nelayan tanjung balau

muzium nelayan tanjung balau

UTK SEMUA

Pengenalan Hidup Nelayan

Apapun, muzium kecil ini ideal untuk memperkenalkan anak-anak pada hidup nelayan dan pelaut.

Bukan sahaja ada model sampan atau bot yang mereka gunakan di laut, tapi juga ada jenis-jenis perangkap ikan yang digunakan secara tradisi.

Tiket Muzium Nelayan

Harga Tiket Walk-In

Tiket Walk-In (RM)DewasaKanak2
Warganegara52
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 12 Feb 2025

Bahan Pameran

Selain dari itu, ia juga merekodkan kepercayaan nelayan, ilmu tentang bintang dan juga hasil artifak dari kapal karam Cina yang karam kat kawasan Desaru.

Ada bahan untuk dibaca, dan ada juga diorama kecil yang cukup cantik dan dibuat dengan penuh drama.

Untuk yang minat seni, boleh layan kawasan ukiran-ukiran yang selalunya dibuat di hujung perahu.

Kat perkarangan muzium juga ada sampan-sampan nelayan Melayu termasuk bot bot tradisi, perahu burung Petawali dan perahu Payang yang cantik dihias awan larat seperti yang lazimnya digunakan nelayan pantai timur.

Dan di luarnya, ada kawasan tepi pantai untuk anda celup-celup kaki sambil melayan angin laut.

Apapun, kami rasa yang antara banyak muzium yang ada, ini antara muzium dengan bahan pameran dalam Malaysia yang dihasilkan dengan penuh gaya, penuh cinta.

Waktu Operasi

Tutup semasa solat Jumaat, Hari Raya

Isnin – Jumaat : 9 pg – 5 ptg

Sabtu, Ahad : 9 pg – 6 ptg

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Muzium Nelayan Tanjung Balau Muzium Nelayan Tanjung Balau
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)