Muzium Orang Asli di Ayer Keroh ini adalah muzium kecil yang tak akan ambil masa anda lebih dari 30 minit.
Dibuat dalam satu rumah replika suku orang asli Temuan, muzium ini tempat menyimpan warisan dan budaya orang asal negara ini. Bukan apa, satu masa nanti mereka pun akan moden, dan kesemua barang yang ada dalam ini akan jadi barang sejarah.
Kat sini, dinding bangunan bukan dibuat dari kayu. Tapi macam rumah orang asli sebenar, ia dibuat dari anyaman. Cuma kami pun tak tahu tumbuhan apa yang diguna.
Dalam muzium ini anda boleh belajar tentang adat perkahwinan, barang menangkap haiwan sampailah adat pengebumian mayat. Siap ada replika kubur orang Temian sekali. Ada juga ukiran kayu orang Mah Meri dan Jahut yang meremangkan bulu roma.
Bagusnya muzium ini berbanding dengan muzium lain Melaka, ia ada banyak maklumat di dinding untuk anda baca. Dan kalau anda tengok hantaran perkahwinan mereka, aduhai simple-simplenya. Tak macam orang kita sekarang.
Tarikan Berhampiran
Disebabkan ia sudah di kawasan Ayer Keroh, anda boleh ke beberapa tarikan lain di sini. Kalau yang percuma, ada Melaka Botanical Park.
Kalau yang berbayar,banyak yang boleh dipilih. Ada Zoo Melaka dan Taman Buaya sampailah ke taman tema Melaka Wonderland dan peluang berkayak di Tasik Ayer Keroh.
Kalau nak yang kerah tenaga, ada Skytrek Melaka.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara | 3 | 2 |
Pelancong Asing | 5 | 3 |
Waktu Operasi
Tutup Isnin
Selasa – Ahad : 9pg – 5:30 ptg