Muzium Perak

RM2.00

Muzium Negeri Perak di Taiping ini bukan sahaja muzium tertua di Malaysia — tapi hampir sama taraf dengan muzium negara di KL.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 60 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula RM2 dewasa dan RM 1 kanak-kanak
Lokasi
Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

Add to Cart
muzium perak taiping puan
Muzium Perak
RM2.00

MUZIUM PERTAMA

Tinggalan Penjajah

Ini muzium pertama dalam Malaysia.

Ia dibina dalam bangunan neo-classical Inggeris. Dan sebenarnya hasil usaha Residen-Residen Inggeris di Perak.

Pada mulanya fokus pihak penjajah adalah untuk mengumpul spesimen sejarah semulajadi negeri Perak.

Jadi apa yang terkumpul di sini adalah pelbagai spesimen haiwan — dari sang kancil dan harimau hinggalah kepada tulang binatang-bintang besar seperti gajah.

muzium perak

muzium perak

BANYAK ARTIFAK

Dari Tulang hingga Kereta

Walaupun koleksi di sini lebih menjurus kepada koleksi sebuah muzium zoologi dan botani, ia juga ada sejarah orang asli, koleksi kereta antik milik pembesar Perak dan mini galeri 3D untuk anak-anak bergambar.

Koleksinya banyak dan jauh lebih baik dari muzium di Ipoh.

Cuma sayangnya, ia kelihatan tiada fokus kerana koleksinya terlalu pelbagai — dari tulang haiwan kepada baju pengantin dan topeng orang asli.

TIket Muzium Perak

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara21
Pelancong Asing52
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 4 Jan 2024

Sejarah Namanya

Ada yang pelik mengapa nama muzium ini Muzium Perak dan bukannya muzium Taiping.

Begini ceritanya.

Ibu negeri Perak sebenarnya telah berubah lokasi beberapa kali.

Semasa ia dididirikan, ibu negeri Perak waktu itu adalah Taiping (dan bukannya Ipoh seperti sekarang). Jadi ia dinamakan Muzium Perak dan dikekalkan sebegitu.

Dan untuk makluman anda, sebelum Taiping, ibu negeri Perak ialah Kuala Kangsar.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Muzium Perak Muzium Perak
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)