Isi Kandungan :
Hampir sama dengan Cheong Fatt Tze, muzium ini tempat pameran budaya bangsa Cina Peranakan — dengan artifak, barangan antik dan pelbagai khazanah silam yang nilainya mungkin mencecah jutaan ringgit.
Rumah bekas hartawan Peranakan ini dibahagikan kepada 2 tingkat. Tingkat bawah mempunyai meja makan keluarga selain barangan antik milik keluarga. Di atas, barangannya lebih bersifat peribadi — dari baju pengantin dan hiasan nyonya hinggalah kepada potret keluarga menghiasi dindingnya.
3 Tarikan Paling Top Kat Penang
Dengan lebih 1,000 barang pameran, ini bukan sahaja antara muzium Cina terbaik di Penang, tapi juga terbaik di Malaysia untuk anda mempelajari cara hidup orang Cina lama.
Tapi telefon, join tour atau buat tempahan dahulu kalau anda datang dengan kumpulan lebih 10 orang. Anda mungkin diberi lawatan berpandu yang jauh lebih bermanfaat dari berjalan melihat artifak-artifak ini sendirian.
Harga Tiket
Warganegara
Dewasa : RM 20
Waktu Operasi
Isnin – Ahad : 9:30 pagi – 5 petang