Muzium Perang Penang

RM22.00

(5 review)

Bagi yang berani tengok tempat kubu perang yang bukan sahaja bersejarah, yang berhantu boleh pi jalan sini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 90 min
Harga Tiket
Harga bermula dari RM 22 dewasa dan RM 12 kanak-kanak utk warganegara Msia
Lokasi
No Lot 1350, Mukim 12, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang, Malaysia

Add to Cart
muzium perang penang
Muzium Perang Penang
RM22.00

BERSEJARAH

Dan Berhantu?

Dianggap antara tempat paling berhantu di Asia, muzium perang sebesar 20 ekar yang di Bukit Batu Maung ini sebenarnya adalah bekas kubu British pada waktu perang Dunia ke-2.

muzium perang penang

muzium perang penang

KUBU

Dan Tempat Seksaan

Dibina pada tahun 1930an, kubu ini kemudiannya ditukar menjadi penjara dan kem menyeksa askar Melayu, Sikh dan British yang ditawan oleh tentera Jepun.

Tiket Muzium Perang Penang

Harga Promo

Tiket Promo Online
Kadar Diskaun
0%Tempah

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara2212
Pelancong Asing3820
Harga tiket dikemaskini sehingga : 3 Jan 2024

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 9 pg – 11 mlm

Pernah Terbiar

muzium perang penang

Oleh kerana orang tempatan tidak berani menjejakkan kaki ke sini, ia akhirnya terbiar dan diselubungi hutan selama lebih 50 tahun.

Hari ini, kubu tua ini telah dipulihkan semula sebagai muzium dan simpanan sejarah untuk tatapan kita yang bertuah tidak melalui zaman perang.

Anda akan dapat melihat kesan tinggalan seperti berek askar, tempat memasak, tempat menyimpan senjata dan peluru sehinggalah ke terowong bawah tanah dan sisa kubu perang yang masih tinggal.

Berhantu?

muzium perang penang

National Geographic Channel telah meletakkan tarikan ini sebagai antara 10 tempat paling menakutkan di Asia dalam program I Would’nt Go There.

Direka oleh jurutera di-Raja British dan dibina oleh banduan dari India yang sedang menunggu hukuman mati, muzium ini pernah menjadi saksi hukuman pancung tentera Jepun di dalam kawasan kubu.

Dikatakan sewaktu kubu ini diteroka untuk dijadikan muzium, ada kubur-kubur yang dijumpai dan proses menghalau roh-roh di sini terpaksa di buat sebelum ia dibuka kepada awam.

Bila anda ke sini, anda juga akan dapat melihat sendiri alat dan tempat tentera Jepun memancung tahanan. Jangan balik tak dapat tidur sudah!

Spooky Tour

Kalau anda rasa anda berhati waja, muzium ini ada membuat lawatan Penang Spooky Ghost Tour sewaktu malam sambutan Hungry Ghost Festival.

Bukan sahaja anda bukan saja dapat melawatnya pada waktu malam, tetapi yang best lagi β€” boleh bermalam di sini pada hari itu. Ha! Ada berani?

5 review utk Muzium Perang Penang

4.2
Berdasarkan 5 review
5 bintang
80
80%
4 bintang
0%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
20
20%
1-5 dari 5 review
  1. Tak berbaloi, tempat macam tak dijaga. Tak banyak info sejarah boleh dapat. Kurang tarikan. Kawasan tak sesuai untuk kanak2 belajar. Sekadar lokasi bersejarah. Perlu improve dari segi info yang disiarkan. Tempat kurang safety. Sangat tak berbaloi kena bayar mahal tapi sama level atau lebih teruk dari muzium yang free entrance. not recommended.

    (0) (1)
  2. Muzium perang dunia ke 2, recommended untuk melihat sejarah lama.

    (0) (0)
  3. SUMPAH BEST GILER PERGI SINI , SAMBIL BELAJAR MENGENAI SEJARAH , TUNNEL DIA BEST AND MISTERI , ADA KENA MERANGKAK AND GELAP , BUT SANGAT2 ENJOY SEMUA YANG ADA DEKAT DALAM NI , 2 JAM BARU HABIS TEROKA SEMUA TEMPAT , TIKET MASUK RM 22 SEORANG, BETTER STAMBYKAN AIR MINUM , TIKET PARKING RM 5 ,

    (0) (0)
  4. Orang Penang pun baru sampai hahahaha rupanya dekat ja dgn jambatan kedua. Tempat menarik. Bayaran pun murah jaa. Akak dekat situ pun baik sangat siap bagitahu tempatΒ² yg rugi klau tak masuk. Explore laa sepuas2nya sbb rugi.

    Anggaran 2 jam untuk masuk pusing semua tempat, rabat tangga, lalu 2 terowong dll. Tempatnya tak seseram mcm yg diwarΒ²kan. Cuma tempat mcm ni seeloknya jaga perbualan, jaga perbuatan.

    Paip pun byk disediakan di setiap lokasi, rajinΒ² la basuh tangan lepas pegang itu ini. Dinasihatkan bawak air

    (0) (0)
  5. Sejarah British & Jepun mula attack Malaya bermula di Penang ni siapa yg minat subjek sejarah mesti dtg sini.Byk peninggalan yg dpt lihat bgmana senibina perang dan tactical pertahanan duluΒ²..nk pusing pn sejam lebih checkpoint tu..paling real panjat tangga lps merangkak huhu..best..

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Muzium Perang Penang Muzium Perang Penang
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)