Isi Kandungan :
Penting : Kami mendapati yg tiada info mengenai pembukaan muzium ini selepas 2020. Terdapat khabar angin mengatakan ia telah ditutup untuk ditukar menjadi restoran.
Kalau anda nak melihat kekayaan bangsa Peranakan di Melaka, jalan Tun Tan Cheng Lock adalah antara tempat paling tepat.
Kat sini ada Muzium Perhiasan Cina Selat yang tak jauh dari Muzium Baba dan Nyonya. Kedua-duanya memperlihatkan pada anda betapa kaya bangsa yang cukup rapat dengan Inggeris ini.
Bila anda sudah ke sini, ambil masa untuk lihat lebih 1000 perhiasan dan barangan antik Cina Selat yang ada untuk tatapan anda.

Kredit : cr8photoz
Jangan Lupa Layan Kawasan Rumah
Bukan sahaja apa yang anda lihat itu satu sejarah, tapi rumah yang anda masuki juga sebenarnya rumah warisan kurun ke-19 yang dibaik pulih semula.

Kredit : katesgoodman
Rumah 2 tingkat yang beratus tahun ini bukan sahaja ada kawasan yang ada pada rumah biasa seperti dapur dan bilik tidur, tapi ia juga ada kawasan tertentu seperti yang dipanggil bilik gelap.
Bilik gelap ini khas untuk anak dara Baba Nyonya duduk apabila ada tetamu bertandang ke rumah. Tidak seperti sekarang, anak dara dahulu amat dijaga dan tidak boleh dilihat orang.
Dikatakan pada zaman itu, bakal suami sendiri tidak tahu wajah bakal isteri sehingga mereka berkahwin.
Bila anda di sini, cuba kira bilangan halaman rumah yang ada dalam rumah ini. Lagi banyak halaman, lagi kaya.
Dan lihat bagaimana laman dalam rumah dibiar tidak berbumbung agar air hujan masuk. Pada bangsa ini air hujan ibarat rezeki. Lebih banyak yang masuk, tanda lebih banyak rezeki melimpah ke rumah.
Jangan terkejut dengan perigi dalam rumah pula. Pada zaman kebanyakan orang hanya mampu mendapatkan air dari sungai, mereka ini sudah ada air dalam rumah.
Apa Perhiasan Yang Ada Dalam Muzium Ini?
Dalam rumah ini ada banyak perabot kayu berukir yang bertahap antik. Kalau mata anda tajam, anda juga akan dapat melihat keunikan kain-kain hiasan bermanik yang sinonim dengan bangsa ini.
Selain perabot dan kawasan rumah yang unik, muzium ini juga menyimpan perhiasan yang dipakai oleh seorang baba ataupun nyonya, dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki.
Dari cucuk sanggul berukir cantik hingga kasut dan sapu tangan yang elok bersulam.
Sayangnya perhiasan yang ditunjukkan kepada umum di sini tidak ada maklumat lanjut tentang kegunaan atau nilainya.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Harga Tiket | 15 | 10 |
Waktu Operasi
Isnin – Khamis : 9:30 pg – 5 ptg
Jumaat – Ahad : 9:30 pg – 6 ptg
Hotel Terbaik Berdekatan Muzium Perhiasan Cina Selat
Kategori Hotel | Bandingkan Harga | |
---|---|---|
Casa Del Rio | Booking | Agoda |
Hotel Timez | Booking | Agoda |
1825 Gallery Hotel | Booking | Agoda |
River Cruise Hotel | Booking | Agoda |
Hotel Puri | Booking | Agoda |
The Blanc | Booking | Agoda |
Hotel Arissa | Booking | Agoda |
Muk Melaka | Booking | Agoda |
The Rucksack Caratel | Booking | Agoda |
Swiss Hotel Heritage | Booking | Agoda |
Fomecs Boutique Hotel | Booking | Agoda |
Book Hotel Tepi Sungai Melaka |