Muzium Permainan Lama Penang

Muzium Permainan Lama Ben ini ( Ben’s Vintage Toys Museum) ini tempat pameran permainan bertaraf antik.

Muzium Permainan Lama Penang - tempat menarik lagi bersejarah di penang

Kredit: Florence IvyLord Enfield

Tempat ini bakal menggamit memori zaman anda kecil-kecil. Atau juga menggamit memori bapa dan datuk anda sekali. Wohaaa!!

Bukan apa, tarikan Penang ini penuh dengan permainan tahun 1940 an yang dibuat dari tin tahan lasak dan juga mainan mekanikal yang masih berfungsi sampai sekarang.

Anda boleh melihat robot tin, kereta lama, kapal terbang antik dan pelbagai figura lama yang cantik. Yang seronok lagi, anak patung lama yang selalu anda lihat dalam cerita hantu pun ada. Jangan balik tak boleh tidur sudah.

Terletak di Lebuh Acheh, muzium ini hampir dengan masjid Kapitan Keling. Jadi apabila anda sudah puas melihat permainan di muzium dua tingkat ini, jangan lupa ke sana dan terus solat berjemaah di masjid itu.

Tarikan Berdekatan Muzium Permainan Lama Ben

Disebabkan ianya dekat dengan kawasan jalan Armenian, jangan lah terus balik. Pusing dulu kawasan ini untuk bergambar dengan mural dinding sekitar Jalan Seni.

Dan kalau nak tengok kawasan perumahan nelayan Cina, boleh jalan kaki ke Chew Jetty. Kalau nak tengok rumah klan Cina paling famous kat Malaysia, boleh jenguk Khoo Kongsi.

Apa? Gigih lagi nak bermuzium? Okey, ada muzium lain yang ada di sekitar sini. Antaranya Muzium Sun Yat Sen, Muzium Islam, Muzium Batik, Galeri Haji, Upside Down Museum dan Muzium Hantu.

Phantamania dan Wonderfood pun dalam 10 minit jalan kaki jaraknya.

Oh, kalau nak tengok masjid pertama dalam Georgetown, boleh jalan ke Acheen Street.

Harga Tiket

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
106

Peta Ke Sini

My location
Get Directions

Apa Lagi Yg Best Kat Penang?

Layan tempat menarik kat Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang