Isi Kandungan :
Penting: Muzium ini ditutup sementara dari 29 Januari 2020 – 19 May 2020
Kalau anda sukakan sejarah ataupun anda kerja dengan syarikat minyak, muzium atas bukit ini mungkin menarik.
Di sini anda boleh lihat sendiri telaga minyak pertama di Miri yang dinamakan The Grand Old Lady. Anda juga boleh belajar tentang industri petroleum, melihat model platform minyak dan ambil tahu tentang pemprosesan minyak, dari proses membawa ia keluar sehinggalah ia masuk ke kereta anda.
Senang cerita, misi muzium ini hampir sama macam Petrosains KLCC. Tapi Petrosains lebih gah buatannya.
Satu tarikan yang Petrosains tidak ada ialah simulasi gempa. Kat Muzium Petroleum ini anda boleh masuk ke dalam kereta dan merasa sendiri apa yang terjadi kalau anda memandu dan ada gempa bumi di situ.
Dengan harga tiket percuma, kami rasa anda tak rugi apa-apa kalau masuk dan tengok apa ada kat dalamnya.
Harga Tiket
Percuma
Waktu Operasi
Tutup Isnin
Selasa – Ahad : 9 pg – 4:30 ptg