Muzium Polis

Tarikan Percuma

(6 review)

Muzium Polis Diraja Malaysia ini bunyinya tarikan bosan. Tapi cuba masuk dulu, jangan terburu-buru.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
5, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur

PELBAGAI SENJATA

Purba Hingga ke Penjara

Muzium ini penuh dengan lebih 2,500 bahan pameran.

Dan tarikan utama muzium ini adalah galeri senjata. Separuh daripada senjata yang dipamerkan sebenarnya dirampas daripada komunis sewaktu tempoh darurat di Malaya.

Antara senjata yang anda boleh tengok adalah koleksi keris Melayu, pistol Portugis, pisau Gurkha sampai ke barangan harian yang ditukar menjadi senjata (seperti rantai basikal) yang digunakan oleh penjenayah-penjenayah di negara ini.

muzium polis

muzium polis

PELBAGAI ARTIFAK

Analisa Jenayah

Anda juga boleh tengok bahan-bahan pameran lain termasuklah senjata kongsi gelap, carta jenayah, dokumen yang dirampas dari pihak komunis dan juga koleksi pakaian seragam polis zaman dahulu.

Masuk percuma sahaja.

Jadi tak perlu fikir banyak. Cuba terjah dulu.

Tarikan Berdekatan

Muzium ini di bina dalam Taman Tasik Perdana.

Jadi boleh bersantai jalan-jalan atau berjoging kalau ada masa.

Untuk yang datang khas untuk bercuti, jangan lupa rancang untuk lawat Muzium Kesenian Islam atau Taman Burung KL sebab kedua-duanya tak jauh dari muzium ini.

6 review utk Muzium Polis

4.2
Berdasarkan 6 review
5 bintang
66
66%
4 bintang
16
16%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
16
16%
1-5 dari 6 review
  1. Best sini bawa anak-anak melihat senjata dan pelbagai perkara menarik polis Malaysia dari zaman dulu-dulu. Masuk PERCUMA.

    (0) (0)
  2. Ada satu ukiran, tangan oleh Seorang Korperal Polis, Saban Singh,
    Pemenang PINGAT Di Seap Games dan Asia Games , Jika diberi keizinan, INGIN saya sebagai waris nya..
    Hadiahkan ukuran ini pada PDRM atau Persatuan Judo.

    Wira Sang saka Biru, Pencen di Balai Polis Pudu.
    AMiN

    (0) (0)
  3. Mengapa tidak boleh mengambil gambar di dalam muzium? Saya lihat ramai yang menyiarkan video muzium polis kl di youtube. Jika tidak membenarkan mengambil gambar, maka tutup muzium ini!

    (0) (0)
  4. Tempat yang bagus untuk kenal sejarah trntang polisπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» lagi2 mcm sejarah yg jrang kita ketahui yang dapat kita tahu dekat sini.

    Yang kueang ada sebahgian tmpt x ada aircond mungkin dlm maintenance lagi overrall best masuk percuma!!!!!!

    (0) (0)
  5. Sangat menarik! Padat dengan informasi mengenai sejarah Polis di Negara Malaysia πŸ‘πŸ».

    Pegawai yang bertugas sangat mesra dan mudah berurusan. Tempat bersih dan sangat selesa.

    Cuma ada sebahagian blok dalam Muzium agak mengerikan dan menakutkan (Jika melawat seorang diri) πŸ˜‚πŸ˜‚. Seram.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Muzium Polis Muzium Polis
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)