tempat menarik wajib di istanbul - muzium rahmi m koc

Muzium Rahmi M Koc

Jika anda hanya ada satu muzium yang sempat anda lawat semasa di Istanbul, pastikan ianya Muzium Rahmi M Koc.

Dibina oleh seorang industrialis Turki, muzium yang dulunya merupakan koleksi peribadinya ini mempunyai pelbagai jenis kenderaan — dari yang terbang di udara hinggalah yang belayar di laut. Pendek kata, jika ia bergerak, anda boleh lihat ia di sini.

Jika kebanyakan muzium hanya mempunyai kereta, Muzium Rahmi M Koc ini mempunyai enjin wap, bangkai pesawat perang yang ditembak jatuh, kereta vintage, gerabak keretapi raja hinggalah kepada lokomotif lama yang diletak di trek sepanjang 700 meter yang boleh anda naiki.

Jika itu belum cukup, ada juga kapal selam yang diguna semasa perang Dunia Ke-2, kapal pengangkut hinggalah kepada kapal terbang Douglas Dakota.

Siapa Rahmi M Koc ?

Dilahirkan di Ankara, Rahmi M Koc ialah seorang billionaire Turki. Dikatakan dari setiap 100 Lira yang dibelanjakan di Turki, 7 Lira akan masuk ke poket beliau kerana besarnya perusahaan yang beliau ada di negara ini.

Lokasi Muzium

Yang menariknya, muzium ini bukan sahaja hebat, tetapi dibina di lokasi yang cukup bersejarah — iaitu di kawasan antara yang tertua dan paling bersejarah di Istanbul.

Selain muzium, kawasan ini sendiri simbol kepada sejarah Istanbul. Di kawasan ini anda akan dapat melihat masjid, gereja dan rumah ibadat Yahudi yang berusia ratusan tahun yang dibina sejak zaman Rom Timur lagi.

Waktu Operasi

Tutup pada Isnin
Selasa – Jumaat: 10pg – 5 ptg
Sabtu, Ahad : 10pg – 8 mlm

Harga Tiket

Muzium
Dewasa : Lira [currency base=”TRY”]12.50[/currency]
Kanak-Kanak: Lira [currency base=”TRY”]6[/currency]

Kapal Selam
Dewasa : Lira [currency base=”TRY”]7[/currency]
Kanak-Kanak: Lira [currency base=”TRY”]5[/currency]

Kredit : Rahil Rupawala

Jomjalan