Isi Kandungan :
Kalau anda tertanya-tanya tentang Fort Margherita, dan siapakah Margherita sehingga nama kubu itu dinamakan seperti namanya, anda wajib datang ke sini.
Margaret atau Lady Brooke ataupun Ranee of Sarawak semuanya merujuk kepada orang yang sama — isteri ataupun permaisuri kepada Rajah Brooke ke 2.

Kredit : Jeephotography
Kalau mengikut sejarah dari perspektif penjajah, beliau adalah seorang permaisuri yang tabah. Dalam muzium kecil ini anda akan dapat baca tentang kehidupannya, dan bagaimana beliau menjadi seorang isteri yang dihormati bukan saja di kalangan pembesar Sarawak, tetapi juga oleh bangsawan di London.
Kat sini juga anda akan dapat tengok gambarnya, dan juga koleksi pakaiannya macam keringkam, kebarung dan songket.

Kredit : Jeephotography
Untuk makluman, Astana Sarawak dibina khas untuk beliau. Beliau juga orang yang bertanggungjawab menggubah lagu Negeri Sarawak waktu itu.
Lagunya dinamakan Gone Forth Beyond the Sea.
Nak tahu lebih lanjut tentang wanita ini? Bayar tiket masuk dan datang sini.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara | 10 | 10 |
Pelancong Asing | 20 | 20 |
Tips
Jangan masuk hanya ke sini. Kami sarankan anda beli tiket bersama muzium Ranee + Fort Margherita/ Galeri Brooke. Harganya lebih murah dibandingkan kalau dibeli berasingan.
Selepas anda ke muzium mini ini, naik bot dan terus ke Fort Margherita untuk baca tentang suaminya pula.
Tapi ingat, semua yang anda baca adalah tulisan dari perspektif penjajah. Baca dengan akal yang kritis. Jangan terima bulat-bulat dan anggap itu semua benda benar.