Muzium Samudera

RM10.00

(1 review)

Nak merasa masuk kapal lama? Jom masuk replika kapal yang pernah karam dalam laut selat Melaka ini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
15 – 30 min
Harga Tiket
Harga tiket bermula dari RM 10 dewasa dan RM 5 kanak-kanak (warganegara Malaysia)
Lokasi
Jalan Merdeka, 75000 Melaka

Add to Cart
muzium samudera @malaysiaguidebook
Muzium Samudera
RM10.00

KAPAL BERSEJARAH

Dibuat Semula

Muzium ini dibina supaya nampak macam replika kapal Portugis bernama Flor de La Mar.

Kapal perang ini Portugis gunakan masa mereka serang Melaka pada 1511.

Bila balik, kapal mereka karam kat selat Melaka.

muzium samudera

DALAM MUZIUM

Sejarah Maritim

Di dalamnya muzium ini ada duit dulu-dulu.

Ada meriam, peti besi, lukisan, replika kapal sampailah peta-peta yang menceritakan sejarah maritim di Melaka.

Anda juga akan dapat tahu sikit tentang sejarah Panglima Awang ( yang dikatakan telah diKristiankan dan menukar nama kepada Enrique) β€” iaitu orang Melayu pertama yang keliling dunia.

Tiket Muzium Samudera

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara105
Pelancong Asing2010
Harga tiket dikemaskini sehingga : 6 Feb 2025

Kapal Flo De La Mar

Kapal Flo De La Mar adalah sebuah kapal perang Portugis. Depa buat kapal ini kat Lisbon pada 1502.

Kapal ini banyak ikut ekspedisi menjajah, termasuklah digunakan sewaktu pengembaraan ke India bersama 22 kapal lain. Bukan saja mereka guna sebagai kapal perang, tapi juga sebagai pengangkut hasil rampasan.

Di bawah kemudi general bernama Afonso de Albuquerque, kapal ini bertanggungjawab menakluk Goa di India serta menakluk kerajaan Melayu Melaka.

Walaupun kapal ini merupakan antara kapal kebanggaan Portugis, ia mengalami banyak masalah sejak pelayaran sulungnya.

Dan dalam perjalanan pulang ke Lisbon ia karam dipukul ribut.

Harta Karun

muzium samudera
Kapal Flo De La Mar dikatakan karam di antara Melaka dan Sumatera semasa sarat membawa pulang harta rampasan.

Dalam perut kapal ini ada wang emas, perak dan timah serta kumpulan patung singa emas milik Sultan Melaka yang dihiasi batu berharga dan cincin delima milik Sultan Siam.

Seorang pemburu harta karun professional, Bob Marx pernah cuba mencari sisa kapal ini dengan perbelanjaan sebanyak $20 juta tetapi tidak berjaya.

Sisa kapal ini pun sebenarnya menjadi rebutan 3 negara β€” Portugal, Indonesia dan Malaysia.

Mahkamah Antarabangsa pun masih belum memutuskan ianya milik siapa.

Majalah Skin Diver Magazine pernah meletakkan anggaran harta di dalamnya bernilai sampai 80 billion dollar.

Kalau tepat, maksudnya ini salah satu kapal karam paling berharga dalam dunia. Wohaaa!!

Sampai sekarang kapal dan muatan berharganya masih belum dijumpai.

Hanya replikanya ini saja yang boleh anda masuk.

1 review utk Muzium Samudera

4.0
Berdasarkan 1 review
5 bintang
0%
4 bintang
100
100%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-1 dari 1 review
  1. Keadaan muzium lbh baik berbanding sy dtg dulu.Tiket rm10 utk dewasa rm5 utk kanak2 warganegara harga tiket avaiable utk 3 muzium.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Muzium Samudera Muzium Samudera
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)