Muzium Sarawak

Tarikan Percuma

Muzium Sarawak ini muzium tertua di Borneo dan penuh artifak bersejarah.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching, Sarawak, Malaysia

BARANGAN BERHARGA

Charles Brooke

Kalau anda sudah ke Kuching, datang tengok apa barang yang dikutip oleh Charles Brooke pada 1891.

Dan tengok juga binaan bangunan muzium beratus tahun ini.

Dibina mengikut gaya dewan bandaraya di Perancis, muzium ini adalah tempat terbaik untuk anda melihat dan mempelajari tentang budaya, sejarah dan corak hidup masyarakat pribumi Sarawak.

Simpanan berharga muzium ini masih kekal utuh walaupun semasa berlaku peralihan kuasa dari British ke tangan Jepun sebab pemerintah Jepun pada waktu itu juga berusaha mengekalkan muzium ini dari dijarah tenteranya.

muzium sarawak

muzium sarawak

MASUK PERCUMA

Simpanan Berharga

Kat sini, anda bukan sahaja akan dapat tengok koleksi binatang Borneo yang disimpan oleh naturalis terkenal Alfred Wallace, tetapi juga dapat tengok suasana rumah panjang, lengkap dengan ukiran patung kayu dan tengkorak manusia.

Kat seberang jalan, bangunan baru muzium ini pula ada menyimpan pelbagai senjata masyarakat asal Sarawak.

Nak tengok artifak tiang pengebumian Kenyah dan bot perang Iban pun ada kat situ.

Pendek kata, memang rugi kalau anda ke Kuching dan tak melawat muzium yang dikatakan antara yang terbaik di Asia Tenggara ini.

Lagipun masuknya juga percuma.

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat: 9pg – 4:45 ptg

Sabtu, Ahad : 10 pg – 4 ptg

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Muzium Sarawak Muzium Sarawak
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)