Isi Kandungan :
Penting: Selfieria ini ini dulunya bernama Muzium Selfie di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sekarang telah berpindah ke Oriental Village, Langkawi dan dijenamakan sebagai Selfieria.
Selfieria ini macam studio gambar. Bezanya penuh prop untuk anda yang suka berselfie tersengih puas hati.
Ada beberapa kawasan yang anda boleh ber photoshoot kat sini. Kalau muzium 3D Art Langkawi ada lukisan, sini ada prop.
Ada teh tarik sebesar kerusi, ada kawasan tergantung marshmallow, ada juga ekor ikan atas kek. Pendek kata, propnya pelik-pelik yang dibuat untuk photoshoot majalah glamour.

Kredit : genjz
Bezanya kat sini anda boleh juga nak jamu selera percuma.
Ada 2 pencuci mulut dari Sang Kaya yang dah dikira sekali dengan tiket masuk Selfieria.

Kredit : nopalsams
Boleh snap gambar tengah makan pencuci mulut ini — dari aiskrim gergasi sampailah ke air Tealive untuk hilangkan kering gusi.
3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi

Kredit : fashasandha
Berbaloi? Tak, kalau anda jantan gagah yang benci publisiti.
Tapi kalau anda cik Siti yang asyik berselfie dan upload ke IG sebaik bangun pagi, Selfieria ini memang lah bakal jadi satu wonderful story.
Dulu Kat KL

Kredit : qisztina
Untuk makluman, Selfieria ini ini pertama kali dibuka di Fahrenheit 88 Bukit Bintang. Dan ia dinamakan Muzium Selfie.
Tapi ia ditutup dah hilang dari radar dekat 2 tahun, sebelum muncul kembali kat Langkawi. Harga yang kat Langkawi ini sedikit lebih tinggi dari yang awal kat KL dulu.

Kredit : jonb.lee
Harga Tiket
Harga Tiket Walk-In | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 22 | 22 |
Pelancong Asing | 27 | 27 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 3 Jan 2022 |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9pg – 6ptg