Muzium Setem

RM3.00

[TELAH DITUTUP] Kaki kumpul setem? Jom layan satu-satunya muzium setem kat Malaysia.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
20 – 45 min
Harga Tiket
Harga bermula dari RM 3 dewasa dan RM 2 kanak-kanak
Lokasi
Muzium Setem Melaka, Bandar Hilir, 75000 Malacca

Ditutup sementara / kekal

UTK PEMINAT

Koleksi Malaysia

Muzium setem Melaka ini memang best kalau anda kaki kumpul setem.

Walaupun tak banyak koleksi setem luar negara, tempat ini penuh dengan koleksi setem negeri Melaka dan setem Malaysia, dari zaman kolonial sampailah sekarang.

muzium setem

muzium setem

BAGI PEMINAT

Syurga Setem Msia

Kalau anda bukan kaki setem, tempat ini anda boleh masuk dan keluar dalam 10 minit.

Kalau anda pengumpul, 2-3 jam belum tentu cukup. Kata orang, jauhari saja yang mengenal manikam kan?

Tiket Muzium Setem

Harga Promo

tiada

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warga Malaysia32
Pelancong Asing53
Harga tiket dikemaskini sehingga : 10 Jan 2024

Waktu Operasi

Tutup Isnin & Hari Raya Aidilfitri
Selasa – Ahad : 9 pg – 5:30 ptg

Koleksi Penting

Antara benda yang kaki setem akan beri perhatian adalah beberapa setem di bawah:

  • Setem Malayan Union. Setem ini dah dicetak sewaktu Inggeris nak membuat Malayan Union. Bila Malaysian Union tak berjaya dibentuk sebab orang Melayu ramai-ramai membantah, setem ini dihantar untuk dilupus. Tapi ada sebahagian kecil yang disimpan, menjadikan ianya salah satu setem rare kat Malaysia. Harganya dalam RM 1200 sekeping.
  • Ia juga ada contoh surat terawal dari Melaka.  Cumanya ia bukan surat asal tetapi cuma salinan.
  • Setem zaman Jepun

Kedai Setem

Kalau nak buat kenang-kenangan, kat sini juga ada satu kedai kecil jual cenderamata dan setem.

Boleh beli setem kat sini dan bawa balik. Jangan lah panjang tangan sapu setem yang kat rak muzium.

Nilai Setem Malaysia

Kalau anda ada setem sekitar 1901 (waktu terawal setem ada kat Malaysia), memang boleh kaya.

Apa lagi kalau anda ada setem versi Straits Settlements’ King Edward VII. Setem ini sangatlah rare.

Harganya dianggarkan dalam 1 juta pound (RM 6 juta).

Apapun, harga setem yang paling mahal dalam dunia ialah setem satu sen tahun 1856 — the British Guiana One-Cent Magenta yang dilelong pada 2014. Harganya RM 38.3 juta.

Okay, jangan balik kampung punggah stor nenek ye?

Melainkan nenek anda pengumpul setem di waktu remajanya.

Kisah Hantu

Ini dulunya rumah orang. Rumah pegawai Belanda. Rumah no 7 Fort Road.

Kata orang dulu, ada seorang biarawati (orang putih panggil nun) yang bercinta dengan seorang askar.

Disebabkan dia mengandung hasil hubungan sulit ini, kedua-duanya ditanam hidup-hidup di tapak rumah.

Bangunan ini dari ia rumah, sehingga menjadi tempat tinggal pegawai, ke pejabat dan muzium, ramai yang mengatakan mereka nampak kelibat hantu wanita ini.

Dia dikatakan masih memakai baju biarawati hitamnya, dan kadang-kadang diekori oleh hantu kekasihnya yang juga memakai pakaian askar waktu itu.

Orang yang tinggal di sini sebelum Merdeka dikatakan kerap melihatnya. Sehingga anak-anak kepada mereka yang tinggal di situ menggelar hantu wanita itu sebagai Kawan Mami.

Kisah hantu ini diceritakan oleh penulis dan pelukis British, Sheila Prentice di The Straits Times pada 1953.

Tak siapa tahu sahih atau tidak kisah yang ditulisnya itu.

Tapi kalau anda terserempak dengan askar atau rahib tengah belek setem, jangan tunggu!