Muzium Straits Dan Oriental

RM25.00

Ini tarikan terbaru untuk peminat sejarah dan seni tengok artifak seni kaum Cina.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
20 – 35 min
Harga Tiket
Harga bermula dari RM 25 dewasa dan RM 15 remaja utk hari biasa
Lokasi
St. Jo’s Gurney Paragon Mall, Gurney Drive, 10250 Georgetown, Penang

Add to Cart
straits oriental museum penang vase
Muzium Straits Dan Oriental
RM25.00

MUZIUM BARU

Sejarah Selat

Muzium baru di Penang ini ada koleksi bersejarah yang menempatkan pelbagai hasil porselin.

Dari pasu dan pinggan dan pelbagai arca yang diselamatkan dari kapal-kapal karam.

Dan dekat saja dengan Gurney Paragon Mall.

muzium straits dan oriental

muzium straits dan oriental

SENIBINA

Bangunan Bersejarah

Muzium ini dibuat dalam bangunan St Jo.

Ini antara bangunan bersejarah kat Penang, terutamanya untuk penganut Kristian.

Tiket Muzium Straits Oriental

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaRemaja / Warga Emas
Pelancong Asing5030
Warganegara2515
Harga tiket dikemaskini sehingga : 12 Jan 2024

Waktu Operasi

Setiap Hari : 10pg – 7 mlm

Galeri

Muzium ini ada 3 galeri pameran utama. 

Kat sini anda akan lihat seramik Cina yang berkualiti tinggi, barangan seramik yang di export keluar dari China ke Eropah dan juga seramik yang berjaya diselamatkan dari kapal-kapal karam seluruh Malaysia. 

Contohnya seramik Wanli, yang datang dari perut kapal Portugis yang karam dalam pertempuran dengan kapal Belanda di perairan Terengganu. 

Sejarah Selat

Seramik Wanli yang anda bakal lihat datang dari era dinasti Ming yang memerintah sekitar tahun 1350 – 1640 an. 

Dan selain dari porselin dinasti Ming, ada juga dapat lihat artifak dari dinasti lain macam Qing. 

Anda akan bukan saja boleh lihat hasil kerjatangan berkualiti oleh orang zaman dulu, tapi faham tentang sejarah maritim China dan lihat apa yang diangkut melalui kawasan Selat Melaka. 

Boleh juga anda nilai harta kekayaan serta budaya yang dibawa dengan kapal oleh pedagang-pedagang yang menyebabkan mereka menjadi sasaran lanun dulu-kala. 

Senang cerita, kalaulah artifak-artifak ini boleh berbicara, bakal banyak sungguh sejarah yang dalam rakaman mereka. 

Tingkat 2

Dan kat tingkat 2 pula anda boleh belajar tentang opera Cina dan juga sejarah Penang. 

Untuk anda yang tak pernah menonton dan tahu tentang opera, ini antara tempat pengenalan terbaik kepadanya. Banyak busana-busana pelakon opera kat sini, dan anda akan lihat halusnya seni tenunan mereka. 

Jadi anda boleh belajar apa beza motif sulaman diantara kostum dalam opera dengan kostum sebenar yang dipakai, contohnya oleh seorang maharaja. 

Tempat ini pun selesa. 

Ia bersih, teratur dan macam masuk muzium luar negara. 

Memang boleh layan perlahan-lahan semua barang pameran yang ada. Senang cerita, kalau anda minat sejarah, ini tempat wajib tuju bila cuti kat Penang nanti.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Muzium Straits Dan Oriental Muzium Straits Dan Oriental
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)