RUMAH BERSEJARAH
Gulingkan Kerajaan
Beralamat di no 21, Armenian Street, rumah ini dahulunya merupakan bekas tempat Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya merancang revolusi bagi menjatuhkan Dinasti Qing.
Dianggap sebagai Bapa China Moden, Sun Yat Sen hidup dalam buruan. Beliau lari dari China ke Jepun, Eropah dan Amerika selepas gagal menjatuhkan dinasti beraja.
Apabila beliau mendapati adanya sokongan kuat kaum Cina di Malaya, beliau turun ke Penang pada 1910 untuk menyediakan tapak revolusi baru dan mengaut sokongan bangsa Cina seluruh dunia.


MARKAS
Luar China
Untuk mengabui pihak berkuasa, beliau membuat kelab membaca disini.
Tapi di sebalik itu, rumah ini menjadi tempat beliau dan penyokong berkumpul bagi menyebarkan doktrin-doktrin baru, dan membincangkan cara menjatuhkan raja China dan membina negara republik Asia yang pertama.
Usaha beliau akhirnya berjaya sebelum beliau meninggal dunia akibat kanser pada umur 58 tahun.
Review
Jadi yang pertama beri review