Isi Kandungan :
Bangunan neo-klasik Yunani dua tingkat ini hampir dirobohkan untuk memberi laluan kepada bangunan moden pada tahun 1985 sebelum Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohammed mengarahkan agar ianya dipulihara dan ditukar menjadi muzium telekomunikasi interaktif pertama di negara ini.
Muzium Telekom ini ada 6 galeri pameran.
Salah satu bahagian mempamerkan Era Keajaiban Wire dimana mesin Kod Morse digunakan untuk menghantar maklumat manakala bahagian yang lain memaparkan mesin-mesin telekomunikasi yang digunakan semasa peperangan.
Salah satu bahagian yang menarik di muzium ini ialah ruangan yang didedikasikan kepada wanita sebagai hasil sumbangan penting mereka sebagai telefonis di hari-hari awal Malaya.
KL Tower
Kalau anda nak tengok bangunan lambang kecanggihan telekomunikasi negara, tak dapat tidak kena pergi ke Menara Kuala Lumpur.
Muzium Lain di KL
Selain Muzium Telekom, anda juga boleh ke Muzium Negara, Muzium Tekstil dan Muzium Matawang kalau bajet kecil.
Untuk muzium terbaik di Malaysia, anda boleh ke Muzium Kesenian Islam milik Tan Sri Syed Mokhtar.
Untuk muzium moden yang lebih kepada huha huha muda mudi, ada muzium selfie dan muzium ilusi untuk buat aksi tak kering gusi.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Warganegara | 6 | 3 |
Pelancong Asing | 11 | 5 |
Waktu Operasi
Tutup pada cuti umum
Isnin – Ahad: 9 pg to 5 ptg