Muzium Tentera Darat

RM2.00

Mahu bergambar dengan kereta perisai? Jom kita ke Muzium Tentera Darat.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
20 – 30 min
Harga Tiket
Harga tiket masuk walk-in Muzium Tentera Darat bermula dari RM 2 dewasa dan RM 1 kanak-kanak
Lokasi
Kem Sri Rusa 71050 Port Dickson Negeri Sembilan

Add to Cart
muzium tentera pd
Muzium Tentera Darat
RM2.00

SENJATA

Dulu dan Sekarang

Muzium di Port Dickson ini sebenarnya lebih dari tempat berselfie.

Di dalamnya bukan sahaja ada dokumen-dokumen dan gambar zaman perang, tetapi anda dapat lihat sendiri teknologi perang — dari keris zaman dulu sehinggalah robot pemusnah bom zaman sekarang.

Yang seronoknya, muzium ini disusun elok. Anda boleh tengok tentang perang dari zaman serangan Portugis ke atas Melaka, Jepun, lalu ke zaman darurat sampailah teknologi tentera yang ada sekarang.

muzium tentera darat

muzium tentera darat

RASA TEROWONG

Replika Ada

Nak rasa masuk ke terowong komunis? Ada kak. Ada replika di sini untuk akak cuba.

Bila sudah masuk, akak boleh lihat sendiri tempat makan, tidur dan ‘klinik’ mereka yang dibuat di bawah tanah.

Jangan risau. Terowong ini tidak sesempit mana pun.

Tiket Muzium Tentera Darat

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara21
Pelancong Asing52
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Feb 2024

Tips Pelawat

  • Kebanyakan barang pameran yang besar-besar, contohnya kereta perisai, kapal terbang lama dan kenderaan tentera lain ada di luar muzium. Bawa topi sebab panas.
  • Muzium ini mungkin ramai pengunjung semasa cuti sekolah. Tempat letak kereta terhad, jadi datang awal.
  • Selain jeep yang boleh mereka naik di luar, muzium ini mungkin membosankan untuk si kecil. Kalau anda tidak pandai bercerita, mungkin anda bakal balik awal.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Muzium Tentera Darat Muzium Tentera Darat
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)