Isi Kandungan :
Muzium ini muzium peribadi milik seorang anak Cina tempatan, See Kok Shan.
Dibuka pada 2007, ia ada sekitar 1,000 memorabilia. Dari salinan kad pengenalan P. Ramlee, tin susu lama dan dapur minyak tanah hinggalah ke kerusi zaman British dan basikal merah posmen era Merdeka.

Kredit : aisamuddn__
Selain menyimpan barangan yang menjadi kegilaan pengumpul barangan antik, di muzium ini anda juga boleh melihat beberapa gambar lama yang menunjukkan sejarah Cameron Highlands yang sukar dijumpai di tempat lain.

Kredit : stillopopot
Kalau anda mahu bernostalgia, masukkan muzium ini dalam senarai tarikan Cameron yang wajib anda lawati. Cuma pantau anak anda. Takut-takut si kecil bermain dengan memorabilia tanpa anda sedar. Kasihan tuan muzium.

Kredit : sayanghasni
Tempat Lain di Malaysia Untuk Layan Barang Lama Sebegini
Barang begini sebenarnya ramai peminat. Kalau di Ipoh, anda boleh ke Pasar Lok Kin, Johor di Bazar Karat, Penang di Lorong Kulit , Melaka di House of Museum dan Kuala Lumpur, pasar yang tak asing lagi ialah di Amcorp Mall.
Harga Tiket
Harga Tiket | Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) |
---|---|---|
Warganegara | 6 | 4 |
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 8 Oct 2019 |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 9pg – 6ptg
Tips Pengunjung
1. Muzium ini terletak di sebelah ladang strawberri Kok Lim. Kalau anda memang ingin memetik buah ini, dinasihatkan anda tidak memetiknya di sini. Ladang di sini curam, dibina di pinggir sungai dan sangat licin sewaktu hujan, terutamanya untuk kanak-kanak. Takut nanti balik rumah tak cukup orang.
2. Letaknya muzium ini ialah di antara Brinchang dan Kea Farm. Mercu tanda nya ialah tugu strawberry besar di tepi jalan.