Muzium Yasmin Ahmad

Kalau dah ke Koh Heng singgah masuk kejap ke Muzium Yasmin Ahmad ini juga.

yasmin at koh heng

Isi Kandungan :

Satu masa dulu, iklan-iklan Malaysia cukup hambar dibandingkan dengan Thailand. Cuma bila muncul insan bernama Yasmin Ahmad, iklan raya kita sudah mula ada seri dan ada nilai nostalgianya.

Kini Yasmin sudah tiada.

Yang ada cuma legasinya bersama agensi iklannya, Leo Burnett dan juga beberapa filemnya yang cukup diminati orang Jepun — seperti Sepet.

ruang menonton di yasmin at koh hengMuzium 2 bilik di tingkat bawah tanah kedai Bookexcess Koh Heng ini, dibuat sempena mengingati arwah. Dan walaupun beliau anak Muar, kecintaannya pada Ipoh menyebabkan muzium ini dibuat di bandar ini.

Apa yang anda boleh lihat di sini termasuklah Mac beliau yang digunakan di Leo Burnett, iklan-iklan hasil air tangan beliau, dokumentari pertama beliau dan kata-kata hikmahnya yang digantung di dinding.

Muzium ini kecil sahaja. Tapi jangan terkejut kalau yang datang masuk termasuk peminatnya yang jauh-jauh.

Nota: Muzium ini dibuat dalam bank lama. Yang anda lihat di bawah ialah Mac Yasmin yang diletak di kawasan bawah tanah yang menempatkan peti besi bank itu.

muzium koh heng

Waktu Operasi

Setiap Hari : 8 pg – 10 mlm

Peta

My location
Get Directions