Terletak di Jalan Laksamana, restoran Pak Putra menyajikan lauk dari resepi India Utara –dengan fokus kepada tandoori dan naan.
Anda boleh memesan roti canai di sini, tetapi makanan yang paling digemari ramai di sini ialah ayam tandoori, roti cheese naan serta lassinya. Ayam tandoori di sini dikatakan berjus dan roti naannya cukup popular kerana ianya cukup lembut.
Tips
1. Dibuka pada 5:30 ptg – 2 pagi. Tutup pada Isnin setiap 2 minggu
2. Kawasan restoran hanya di tepi jalan. Mungkin kurang sesuai untuk trip bulan madu jika anda mahukan persekitaran tempat makan yang menarik.
3. Hidangan di atas selalunya habis sekitar jam 10 malam.
JomJalan Seluruh Melaka
Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami
Layan kedai makan sedap Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka