Nasi-Kandar-Kg-Melayu - kedai makan best penang

Kredit : Mstar, KLUrbanite

Nasi Kandar Kg Melayu

Ketagih ingin merasa nasi kandar semasa sarapan pagi?

Jika ya, Nasi Kandar Kampung Melayu yang beroperasi di bawah flat kos rendah Kampung Melayu, Ayer Itam ini mungkin tempat terbaik untuk anda tuju.

Bukan Restoran Mewah

Walaupun terletak di bawah flat, ia cukup popular dan digemari selebriti dan orang kenamaan. Sultan Kedah dikatakan menghantar wakilnya untuk membeli makanan di sini apabila beliau singgah di Pulau Pinang.

Resepi nasi kandar ini dikatakan diwarisi dari Sri Langka dan menggunakan rempah giling untuk memastikan ianya lazat dan asli.

Walaupun mempunyai 15 pekerja, kedai ini sesak dengan pelanggan dari awal pagi lagi. Jika anda tidak dapat ke sini awal pagi, anda boleh ke cawangan lainnya untuk makan tengah hari.

Cawangan Lain Nasi Kandar Kg Melayu

Komplek Penjaja (MPPP) Desa Mawar, Farlim Air Itam
Waktu Operasi : 4.30 ptg – 10.30 mlm

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan