Tempah
Dalam erti kata lain, rombongan yang datang dengan bas atau seumpamanya sahaja akan dilayan. Anda boleh terus hubungi mereka untuk lawatan kat +606-973-7231.
Saiz Besar
Ladang Nasuha Herb ini saiznya 3200 ekar.
Jumlah spesis pokok herba yang ada lebih dari 100.
Dan jumlah rempah ratus dan herba yang terhasil keluar dari ladang ini sama berat macam 10 biji MyVi setiap hari.
Yang menarik lagi, herba kat sini bukan sahaja herba dari Asia Tenggara tapi juga ada yang dari Jepun dan Amerika.
Bukan sahaja ada herba untuk makan, tapi juga untuk kesihatan, kekuatan perawan dan untuk orang lelaki tambah kejantanan.
Oleh sebab saiz yang besar, kawasan Nasuha Herb ini ada kilang memproses rempah ratus, spa dan muzium herba.
Untuk lawatan berpandu, ada trem disediakan dengan pemandu pelancong sekali.
Untuk yang nak bermalam atau buat team building dalam kawasan ini pun ada tempat untuk itu.
Untuk tidur, pilih sahaja dari dorm biasa sampai kabin yang lebih selesa.
Kalau anda datang tak ramai, dan walk-in, anda boleh cuba makan kat restorannya.
Cumanya ianya berkonsep herba. Jadi nasi beriani gam Muar kat sini memang berherba lebih. Jangan pelik pula ya?
Waktu Operasi
Setiap Hari : 10:30 pg – 6:30 ptg
Review
Jadi yang pertama beri review