BANGUNAN PUTIH
Tempat Penting
Bangunan putih di Putrajaya ini tempat penting umat Islam.
Tapi dari luar, tak siapa menyangka yang ia sebenarnya adalah kilang mencetak al-Quran.


PERCETAKAN AL-QURAN
Kedua Terbesar
Dan yang membanggakan lagi, Nasyrul Quran ini adalah kilang percetakan al-Quran yang kedua terbesar di dunia selepas kompleks King Fahd di Madinah.
Anda boleh masuk ke sini, dan tengok proses menyiapkan al-Quran Malaysia.
GALERI MUSHAF
Lembaran Al-Quran
Kat kawasan ini juga ada galeri mushaf.
Anda boleh tengok sendiri lembaran-lembaran al-Quran dari pelbagai tempat, dan alatan yang digunakan untuk menulisnya dengan tangan.

MASUK PERCUMA
Kompleks yang boleh dibanggakan Malaysia. Katanya kedua TERBESAR di dunia Kilang cetakan AlQuran, wallahualam.
Senibina dan khat menghiasi DINDING yang mengagumkan. Boleh ke anjung tinjau untuk melihat dari atas kerja2 cetakan di dalam Kilang.
Ada cafe tapi mcm berada di Bangladesh, pekerja Bangladesh dan produk pun dari Sana😵
Ini merupakan 1 produk pelancongan utama di putrajaya tapi signboard ke sini boleh katakan tiada langsung. Pelik jugak
Sesi lawatan kami sekeluarga tanpa membuat apa2 tempahan aka walk in. Pengalaman menarik melawat tmpt ini utk melihat bagaimana alquran dicetak.
Banyak buku2 agama boleh dibeli disini. Sesi penerangan oleh petugas sangat informatif. Anak2 saya suka meneliti bahan pameran dan buku2 yg disediakan.
Parking agak limited dan rasa kurang selamat utk berkaki ayam bila menaiki eskalator. Semoga ada tambahbaik utk masa hadapan.
Kompleks yang besar dan cantik. Di hari biasa parking tidak menjadi masalah.
Pelbagai cetak Al Quran dengan berbagai bermotif terdapat di sini. Kilang percetakan Al Quran juga terdapat di sini.