Isi Kandungan :
Dengan lebih 2,500 ekor haiwan di Night Safari Singapore seluas 40 hektar ini, anda boleh berjalan di 4 kawasan pejalan kaki atau menaiki tram yang berdurasi 30 minit untuk melihat haiwan-haiwan yang sepatutnya aktif pada malam hari.
Tapi, kalau anda tak suka beratur atau bersesak dengan pengunjung lain untuk melihat haiwan yang mungkin sukar dilihat pada waktu malam, melawat Zoo Singapura sudah mencukupi.
Tips Pengunjung
- Macam Zoo Singapura, harga makanan dan minuman di sini jauh lebih mahal dari di luar. Bersedia dengan snek dan air sendiri atau siapkan wang banyak untuk belanja semasa di sini.
- Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan flash untuk merakam gambar haiwan.
- Pastikan anak anda tidak keletihan. Jika anak-anak anda tidur awal, anda mungkin bermasalah berjalan di dalam zoo.
- Datang awal jika tidak mahu beratur panjang. Pada waktu cuti beratur membeli tiket dan menunggu tram boleh mengambil masa 1-2 jam.
- Jika anda datang dengan bas/MRT, pastikan anda tahu jadual bas terakhir ke MRT.
Harga Tiket
Dewasa (SGD) | Kanak-Kanak (SGD) | Warga Emas (SGD) | |
---|---|---|---|
Pelancong Asing | 49 | 33 | 49 |
Warga Spore | 49 | 33 | 21 |
Beli Tiket Diskaun Night Safari |
Tawaran Tiket Diskaun
JIMAT 10%
Night Safari
Harga asal SGD 49 . Dengan diskaun, hanya SGD 44
Harga asal SGD 49 . Dengan diskaun, hanya SGD 44 Show Less
Waktu Operasi
Setiap Hari : 7:30 mlm – 12 mlm