Tentang Tarikan Ini :
Kalau anda nak layan bunga, tapi tak suka ramai orang bersesak dalamnya, ini antara taman yang yang ada.
Pintu luarnya pun kecil sahaja.
Tapi kawasan dalam taman bunga ini luas kat dalamnya.
Ada ros, orkid, periuk kera sampai hydrangeas.
Jumlah pokok orkid kat sini pun lebih 100 jenis yang ada.
Untuk bergambar, ada beberapa spot bergambar untuk anda.
Selain Taman Bunga
Kat sini pun ada haiwan ternakan.
Boleh kalau nak beri kambing, ikan, ayam dan angsa makan.
Anak mungkin suka.
Lagi-lagi kalau ini pertama kali dapat jumpa kambing kampung depan mata.
Kat pintu keluar O& R pun ada nursery.
Boleh beli cenderamata sebelum balik dari sini.
Jungle Walk
Untuk anda yang ada lebih masa, dan nak explore lebih lagi kawasan ini, ada laluan untuk jungle walk.
Tapi bersedia dengan kasut yang sesuai. Janganlah cuma pakai selipar.
Tips
- Ia agak tersorok dari jalan besar. Untuk senang cari, ia di belakang Nova Hotel.
- Parking ada tersedia, dan selalunya cukup untuk pengunjung pada waktu biasa.
- Ada kawasan yang bertangga. Kalau anda dengan warga emas, ada kawasan yang mereka mungkin tak dapat teruskan sebab keadaan lutut mereka.