Isi Kandungan :
Orchard Road ini dulunya kawasan dusun buah-buahan, buah pala dan lada hitam.
Tetapi itu sejarah 200 tahun lalu. Sekarang, jalan sepanjang 2.2 km ini dipenuhi dengan pelbagai gedung membeli belah besar dan mewah, restoran kelas atasan serta hotel yang dianggap mahal, walaupun oleh pelancong Eropah.

Kredit : henry_chiew
Didominasi barangan berjenama, gedung di sini ada barangan untuk pelbagai peringkat umur. Dan sebab jumlah kedai yang terlalu banyak, adalah mustahil untuk anda ronda masuk kesemuanya dalam satu hari.
Kalau anda datang dengan isteri yang ada kad kredit, status anda bakal bertukar menjadi penunggu dan pembawa beg yang setia. Tapi kalau anda berhajat datang dengan isteri dan bajet anda ciput, bersedia untuk melihat wajah yang masam mencuka sepanjang hari.

Kredit : sglife0711
Apa yang pasti, Orchard Road bakal mengingatkan anda akan kasta kewangan anda dalam dunia yang mengejar wang, fesyen dan teknologi terkini.
Tips Pengunjung
- Bersedia untuk bersesak-sesak kalau anda datang sekitar Krismas dan cuti sekolah.
- Untuk solat, Masjid Al-Falah hanya beberapa minit sahaja dari Orchard Road.
- Kalau nak membeli cenderamata, lupakan Orchard Road. Adalah lebih murah jika anda berbelanja di Bugis Street.
Waktu Operasi
Setiap hari : 9:30 pg ke 10:30 mlm