Isi Kandungan :
Kalau anda nak naik kereta kabel, anda akan masuk ke kawasan Oriental Village ini.
Tapi kalau opah anda takut nak naik, tak ada masalah. Sebab kat Oriental village ini, dia boleh juga shopping cenderamata, ambil gambar dengan ular atau mendapatkan duduk dan dapatkan gambar potret dari pelukis kat sini.
Kalau itu pun tak mahu, dia boleh duduk berurut.
Untuk anda dan anak-anak, ada juga beberapa aktiviti di sini. Dari menaiki Segway (sejenis kenderaan unik dengan 2 roda) dan kuda hinggalah kepada menunggang kenderaan lasak ATV dan gajah.
Antara tempat yang boleh dilayan termasuklah Imaginarium dan Muzium 3D Langkawi.
Taman Rusa

Kredit : www.flickr.com
Berhampiran dengan kaunter tiket Kereta Kabel Langkawi ada sebuah taman rusa kecil.
Kalau anda nak membelai dan memberi makan rusa-rusa jinak, ini adalah salah satu tempat yang boleh anda masuk.
3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi
Cara ke Oriental Village
Kalau anda datang seorang, anda boleh gunakan Grab.
Tetapi cara terbaik ialah dengan menyewa kereta atau motor semasa cuti anda di sini.
- Sewa kereta/ van di Langkawi (dari RM 70)
- Sewa motor di Langkawi
JomJalan Seluruh Langkawi
Peta Ke Sini

Kredit : www.flickr.com