pantai batu buruk

Kredit : bashmedsyah

Pantai Batu Buruk

Terengganu memang terkenal sebab pantainya cantik. Tapi tidak banyak yang boleh menewaskan Pantai Batu Buruk.

Bukan sahaja ianya cantik dan terletak cuma 2km dari Bandaraya Kuala Terengganu, tapi ianya juga lengkap dengan pelbagai kemudahan. Jadi jangan balik sebelum singgah dulu ke sini.

Kemudahan Cukup Lengkap

Pantai ini bukan sahaja ada taman permainan, gerai makanan dan tandas awam, akan tetapi ianya juga mempunyai tapak pameran, pentas budaya dan tempat letak kereta yang mencukupi.

pantai batu buruk terengganu

Kredit : dsloong

Jadi jika anda tidak mahu berenang di laut, anda boleh sahaja berenang di kolam renang Pusat Akuatik Majlis Bandaraya berdekatan.

Aktiviti Di Pantai Batu Buruk

  • Dah puas naik kereta biasa? Ha! di sini ada kereta kuda berhias untuk anda naik bersiar-siar di sekitar pantai.
  • Selain kuda, anda juga boleh menunggang ATV di pesisir pantai.
  • Anak-anak boleh bermain layang-layang yang boleh dibeli dari gerai-gerai di sini.
  • Jika anda datang pada hari Jumaat, anda boleh ke pasar malam di kawasan ini.
  • Tak mahu mandi? Tak mengapa. Anda boleh menjamu selera di pelbagai gerai tepi jalan yang menjual pelbagai jenis makanan ringan seperti keropok lekor, satay ikan, rojak buah dan jagung bakar

Chalet dan Hotel di Pantai Batu Buruk

Di kawasan pantai ini juga terdapat banyak resort, chalet dan hotel. Jadi jika anda bercuti di sini, tempat penginapan bukan sesuatu yang anda perlu risaukan.

Sejarah

Pantai ini mendapat namanya bukan disebabkan ianya tidak cantik. Akan tetapi nama Batu Buruk merujuk kepada batu-batu yang membentuk pulau kecil yang timbul di dalam laut bertentangan dengan pantai. Batu-batu inilah yang digelar Batu Buruk (atau Burok).

Pantai ini juga ada nilai sejarah penting. Ini kerana di sinilah Gendang Gangsa atau Gendang Dong-Son ditemui. Penemuan ini amat bersejarah kerana ia membuktikan negara kita tidak melalui zaman Mesolitik.

Jomjalan