Pantai Batu Feringghi

Tarikan Percuma

Kawasan pantai paling popular kat Penang ini memang best ambil angin, dengar ombak atau cuci mata dengan member.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 3 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Batu Feringghi, Penang

PANTAI UTAMA

Pulau Pinang

Pasirnya putih, lautnya tenang dan aktiviti pantainya pelbagai.

Itu cukup sebagai sebab mengapa pantai 15 km dari bandar ini ideal untuk anda datang bersantai.

pantai batu feringghi

pantai batu feringghi

JIMAT DUIT

Santai Layan Laut

Airnya mungkin sedikit keruh.

Akan tetapi jika anda hanya mahu merasa bayu laut atau melihat anak-anak kecil menjerit seronok, ini adalah antara tempat berehat terbaik di pulau ini.

Yang paling bagus lagi, tempat ini percuma.

Tips Pengunjung

  • Bosan berehat di tepi pantai atau mandi manda? Ada banana bot, payung terjun atau kuda untuk anda tunggang.
  • Jika anda datang pada waktu petang, tunggu sehingga malam. Selepas anda layan matahari terbenam, anda boleh terus ke pasar malam Batu Feringghi.
  • Walaupun ia dekat dengan pantai, tidak semua penginapan di sini mahal. Cari hotel di seberang jalan untuk bilik yang lebih murah.
  • Kalau anda hanya ingin mandi manda dengan selesa, datang awal pagi.
  • Untuk yang nak hotel terbaik dan tak kisah dengan harga, ini senarai hotel terbaik yang ada di Batu Ferringhi ini.

Tarikan Berdekatan

Sekitar kawasan ini ada taman tema Escape, taman reptilia dan rama-rama Entopia, Spice Garden dan Taman Rimba Teluk Bahang.

Kalau datang dengan anak kecil, boleh juga masuk Adventure Zone.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Pantai Batu Feringghi Pantai Batu Feringghi
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)