Pantai Cenang

Tarikan Percuma

Pantai paling menarik, paling popular Langkawi ini area nak cuci mata atau shopping souvenir — tak kira siang atau bila malam tiba.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 3 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah

TUMPUAN

Tepi Jalan Utama

Pada waktu air surut, ombak di Pantai Chenang tidak kuat.

Dan disebabkan pantainya yang landai dan luas, anda dan keluarga boleh ambil angin atau mandi dengan selesa.

Sama macam pantai-pantai lain, anda boleh saja naik para sailing, jet ski dan tarikan air lain kat sini.

Tapi, sebab ia tarikan Langkawi yang utama, lokasi ini memang sesak dengan kedai & manusia.

Jadi anda mungkin mungkin tidak dapat nampak jalan masuk ke pantai dari jalanraya besar.

lepak tepi cafe pantai cenang- tarikan percuma siang dan malam
Kredit : mariocolmenares

TARIKAN LAIN

Percuma dan Berbayar

Dalam sekitar kawasan Cenang ada beberapa tarikan yang boleh anda lawat.

Kalau nak yang bergambar kat sawah, boleh ke Laman Padi.

Yang nak tengok penguin boleh ke Underwater World.

Bagi orang yang suka racing, boleh naik go kart dan racing betul-betul dalam litar lumba kat Morac.

Untuk yang ambil trip island hopping pun, kawasan nak naik bot pun dalam area Cenang ini.

Alternatif Lain

Pantai ini memang tempat paling hip kat Langkawi.

Sebabnya dekat dengan pantai, kedai dan tempat makan. Tapi tak bermakna ianya pantai terbaik di pulau ini.

Kalau ikut kata penduduk, pantai paling best kat Langkawi sebenarnya ada kat Tanjung Rhu dan Pantai Tengkorak.

Tapi ianya lengang dan lebih banyak kera dari manusia.

Oleh sebab itu, kalau anda cuma mahu lari dari sibuknya pantai Cenang Cenang, alternatif terdekat ialah dengan bergerak ke Pantai Tengah.

Dan kalau nak betul-betul layan sukan air boleh pergi ke Pulau Paradise 101.

Spa

Kalau anda nak manjakan diri atau nak urut badan dan kaki, kawasan Cenang ini ada beberapa spa untuk itu.

Antara spa yang popular kat sini termasuklah Alun Alun.

Spa ini ada beberapa cawangan kat dalam pulau ini.

Hotel di Cenang

pantai cenangSuka tengok ombak dan dengan bunyi laut? Anda boleh saja menginap di banyak hotel keluarga ataupun hotel murah dan selesa di sini.

Dan kalau anda datang honeymoon, ada juga resort tepi pantai yang sesuai untuk itu dalam kawasan Cenang ini.

Contohnya hotel Meritus Pelangi kat atas.

Kelebihan tidur di Cenang ialah anda juga tidak perlu berjalan jauh.

Bila lapar, tempat makan ada merata. Dan sebelum balik, nak cari cenderamata pun senang.

Starbucks, McD sampailah kedai makan Melayu, Siam dan Arab ada.

Kalau nak makan Melayu dan hipster, ada Tapak Foodtruck kat sini untuk anda layan nasi dan lauk dari senja sampai malam buta.

Cuma satu saja yang anda kena tahu.

Harga makanan dan bilik di Cenang lebih mahal dibandingkan dengan di bandar Kuah.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Pantai Cenang Pantai Cenang
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)