Pantai Desaru

Tarikan Percuma

Pantai Desaru sepanjang 22 km di Johor ini bukan terkenal kerana airnya yang jernih atau pantainya yang indah, tetapi kerana ombaknya yang kuat.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 4 jam
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Desaru, Johor

OMBAK BESAR

Layan Laut

Ini adalah antara pantai kat Malaysia yang sesuai untuk mereka yang ingin belajar sukan surfing (luncur air) kerana ombaknya lebih besar dari mana-mana pantai di negara ini.

Tak boleh pergi Bondi Beach, kita layan Desaru sahaja lah ya?

Kalau anda datang dengan keluarga, selain mandi manda anda juga boleh naik kuda, berkayak atau cuba windsurfing.

pantai desaru

pantai desaru

ADA RISKO

Perlu Perhatian

Ombak di sini tinggi sekitar Disember ke Februari. Walaupun ia ideal untuk mereka yang suka luncur air, ia berbahaya untuk mereka yang tidak tahu berenang.

Jadi kalau anda merancang ke sini dalam waktu ini dengan keluarga, buka mata tengok anak-anak. Tutup dulu telefon tu.

Monsoon Mayhem

Pada awal Januari setiap tahun, pantai ini penuh dengan kaki surfing yang masuk dalam acara tahunan yang dipanggil Monsoon Mayhem.

Datang dan bawa keluarga kalau anda nak menyaksikan suasana dunia surfer yang jarang ada di negara ini.

Amaran

Kalau anda tak tahu berenang, jangan mandi-manda di sini.

Ombaknya yang kuat, dan kurangnya pengunjung bermakna kalau jadi apa-apa anda akan ada masalah besar. Dan kalaupun usaha mencari (SAR) dibuat, ada waktunya ditangguhkan sebab penyelamat pun tak mahu masuk ke tempat ombak menggila.

Hampir setiap tahun, laut ini menyaksikan ada yang mati lemas semasa mandi di kawasan pantai Desaru ini.

Alternatif

Kalau anda seram sejuk nak mandi kat kawasan Desaru, kami faham. Sebab kami pun sama.

Untuk golongan yang senang tenggelam dari timbul, tapi gatal nak main air, alternatif yang ada kat kawasan Desaru ini ialah dengan masuk ke taman tema air Desaru Coast Adventureland.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Pantai Desaru Pantai Desaru
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)