Pantai Floria

RM3.00

Untuk ambil vibe pantai dan bagi anak berendam kejap, datang kat sini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
30 – 45 min
Harga Tiket
Harga bermula dari RM 3 utk dewasa dan RM2 kanak-kanak.
Lokasi
Anjung Floria, Precint 4, Putrajaya

Add to Cart
pantai putrajaya
Pantai Floria
RM3.00

MANDI LAUT

Pantai Buatan

Kalau anak merengek nak mandi laut tapi anda ada kat area Putrajaya, datang sini saja.

Ini pantai buatan mini yang anak boleh berendam sementara anda piknik petangnya.

Siapkan tikar, dan meja serta prop yang patut.

Dan anda boleh layan berkelah dan ambil angin macam at tepi laut.

pantai floria

pantai floria

AMBIL ANGIN

Nikmati Permandangan

Kalau anda datang solo, jangan risau.

Ia ada kawasan tempat duduk panjang macam kat stadium untuk anda ambil angin petang.

Masih boleh lepak situ dan ambil selfie dengan pemandangan jambatan Seri Saujana.

Sayangnya ia tutup awal.

Jadi tak bolehlah nak layan panorama senja.

Tiket Pantai Floria

Harga Tiket Walk-In

Harga Tiket (RM)DewasaKanak2
Warganegara32
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 25 Jan 2024

Memancing & Berkayak

Kepada kaki pancing yang datang Putrajaya, anda boleh memancing secara sah kat hujung Floria.

Tempatnya kat Rekreasi Air Sisiran Floria. Kat hujung pantai buatan ini saja.

Dan kalau nak berkayak layan suasana pun boleh pergi ke sini saja.

Tapi janganlah datang tengahari melainkan sanggup hitam legam balik nanti.

Tips Pengunjung

  • Kalau nak bergambar, boleh juga ke Taman Pinwheel di sebelahnya.
  • Pantai Floria tak jauh dari Dataran Putrajaya dan Taman Persahabatan Cina.
  • Kalau anda datang dan masuk waktu solat, jangan risau sebab ada surau Anjung Floria.

Waktu Operasi

Tutup : Isnin

Selasa – Ahad : 9 pg – 6 ptg

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Pantai Floria Pantai Floria
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)