bergambar di tebing pasir di pantai klebang melaka

Kredit : pinkpinkhee

Pantai Klebang

Jom bersantai, bergambar dan ambil angin laut kat Pantai Klebang. Datang petang supaya tak hitam legam.

Satu ketika dulu Pantai Klebang ini memang sunyi.

Akan tetapi sejak beberapa tarikan unik seperti restoran bas dan muzium kapal selam diletak di sini, kawasan ini semakin menjadi tempat beriadah dan lepak-lepak orang Melaka dan orang luar.

Pantai Klebang - tempat lepak melaka

Kredit : Mynikfoto

Untuk anda yang datang dengan keluarga masa hujung minggu, ada kereta kuda dan ATV yang boleh anda sewa kat tepi pantai.

Dan oleh sebab angin di sini sangat kuat, anak-anak anda juga boleh main layang-layang yang banyak dijual kat tepi pantai Klebang.

Tips Pengunjung

1. Tempat ini dekat dengan Bustel (bas yang ditukar menjadi hotel), muzium kapal selam dan Klebang Coconut Shake yang terkenal sampai Singapura.

2. Kalau jalan di sini sesak teruk, ada kemungkinan sebab banyak kereta nak menuju ke Klebang Coconut Shake.

3. Cuaca di sini panas ya amat. Datang pada waktu petang ke atas. Tak payah bersolek tebal. Takut cair nanti.

4. Kalau nak berkayak, naik bot kayuh dan lain-lain aktiviti, tempat kedua yang boleh difikir-fikirkan ialah di Redtma Air Keroh.

5. Tempat ini bukan untuk mandi ya? Jangan buka seluar terjun pula. Buat gelak dek orang sebab dari turun temurun ia bukan tempat mandi sebab ini bukan pantai asli. Pasirnya pasir tambak. Airnya pun teruk bang.

6. Dekat sini ada kawasan yang orang panggil Pasir Cantik. Ini tempat bergambar untuk kaki instagram. Tapi jarak kena berjalan kaki jauh (1 – 2 km dari parking ke kawasan Pasir Cantik). Tak berbaloi untuk yang datang dengan family.

3 Tarikan Paling Top Kat Melaka

Hotel Pilihan Berhampiran Pantai Klebang

Kategori HotelBandingkan Harga
Tube HotelBooking Agoda

Hotel Pilihan Dalam Jarak 10 km Dari Klebang

Kategori HotelBandingkan Harga
Casa BonitaBooking Agoda
The WaveBooking Agoda
Atlantis ResidenceBooking Agoda
VRestBooking Agoda
Swan GardenBooking Agoda
MarveluxBooking Agoda
Kredit

Kredit

JomJalan Seluruh Melaka

Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami
Layan kedai makan sedap Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka
Jomjalan