Ia merupakan tarikan yang cukup popular di kalangan pelancong Australia. Malah lebih 1,000 peniaga — dari pengusaha kedai makan dan kelab malam hinggalah kepada pengusaha urutan dan kedai tatoo menyediakan perkhidmatan mereka khas untuk pelancong dari negara Down Under ini.
Di sini anda boleh melihat pelbagai ragam manusia dari seluruh dunia. Ada yang sedang berehat di tepi pantai, bermain luncur air atau berjemur — tanpa ada segan silu di negara Islam terbesar dunia ini.
Apa Yang Boleh Dibuat Disini
Anda boleh belajar meluncur air atau menaiki pelbagai tarikan sukan air yang ada ditawarkan oleh pengusaha tempatan dan asing yang beroperasi di sini.
Jika anda tidak mahu mandi atau berehat di pantai, jangan gusar. Anda boleh sahaja membeli belah di kedai kraf dan pakaian pantai yang cukup banyak di sini.
Waktu Sibuk
Hotel sekitar pantai Kuta kerap penuh dari Julai ke Ogos dan pada waktu Krismas dan tahun baru.
Amaran Kepada Anda
Di sekitar kawasan pantai Kuta ini terdapat banyak kelab malam dan pub yang menjadi tumpuan pelancong asing.
Kawasan Jalan Legian, Kuta ini jugalah tempat terjadinya serangan berani mati dan bom kereta pada 2002 yang meragut lebih 200 nyawa dan merupakan serangan terrorisme terburuk Indonesia.
Serangan ini terjadi terjadi tepat 1 tahun, 1 bulan dan 1 hari setelah Serangan 11 September di Amerika Syarikat.
Selepas serangan tersebut, bandar Kuta dikejutkan lagi dengan serangan bom pada tahun 2005 beberapa hari sebelum Ramadan. Kali ini serangan dilakukan oleh pengebom berani mati di sebuah pusat beli belah di tengah bandar ini.
Dengan sejarah berdarah kawasan Kuta, anda dinasihati agar tidak mengunjungi tempat-tempat yang ditumpu oleh pelancong asing dan cuba mengelak dari datang pada cuti umum pelancong dari negara yang menjadi sasaran seperti Australia.
Kredit : Donald Man, Russiavia, Bali-Indonesia.com