tempat menarik & free di bali - pantai legian

Pantai Legian

Mahu belajar meluncur ombak? Pantai Legian yang panjang ini mungkin tempat yang sesuai untuk itu, walaupun kerap sesak dan agak kotor jika dibandingkan dengan pantai lain.

Jika anda sudah pandai meluncur, anda boleh menyewa papan luncur. Tetapi jika anda orang baru, ada banyak kelas meluncur yang boleh anda ikuti. Ombak di Legian cukup kuat untuk luncur air tetapi masih selamat untuk orang yang baru pertama kali mencuba sukan ini.




Tips Pengunjung

1. Terlalu ramai penjaja dan penjual cenderamata di sini. Dan yang tidak seronoknya, mereka tidak akan meninggalkan anda dengan mudah.

2. Jangan tukar wang di kawasan-kawasan lorong tersorok di Legian. Terlalu banyak kisah pukau dan penipuan di sekitar tempat ini.

Waktu Operasi

Setiap Hari : 24 jam

Tiket Masuk

Percuma

Kredit : Rollan Budi, Miran Rijavec

Jomjalan