pantai pasir tengkorak langkawi

Kredit : _andrea_barto_

Pantai Pasir Tengkorak

Nama brutal. Tapi sebenarnya pantai mini ini cool juga untuk yang suka teroka.

Kalau orang luar datang dan layan Pantai Cenang, orang Langkawi pula senyap-senyap layan piknik kat Pantai Pasir Tengkorak yang terpencil ini.

Tempat ini kecil sahaja kalau dibandingkan dengan pantai lain kat Langkawi.

Dan bila nak masuk ke kawasan pantai, anda akan masuk ke kawasan hutan rekreasi Pantai Tengkorak.

kawasan pantai pasir tengkorak

Kredit : joseph_foo_

Dan disebabkan adanya dua tarikan ini, hutan rekreasi dan pantai, anda akan jumpa tempat duduk untuk keluarga yang bakal bekalan menjamu selera.

Dan dengan pokok-pokok besar di tepi pantai, nak berteduh pun bukan masalah.

kawasan pantai pasir tengkorak

Kredit : zulfadlizainol

Air kat pantai ini selalunya jernih, dan pemandangannya menghadap pantai Thailand.

Ombaknya pun lazimnya mesra-mesra saja.

Tarikan Berdekatan

Dalam perjalanan ke sini, anda akan tempoh Taman Buaya Langkawi. Kalau nak tengok buaya beraksi, boleh ajak semua singgah berhenti.

Dan kalau anda terus ke hadapan dari pantai ini, anda akan sampai ke Air Terjun Temurun.

3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi

Tips Pengunjung

  • Disebabkan bersebelahan hutan, jangan terkejut bila jumpa gerombolan kera-kera. Simpan barang dalam kereta, dan hanya bawa yang perlu sahaja.
  • Mohon sangat kumpulkan sampah dan bawa balik dalam kereta, dan buang di tempat sepatutnya. Jangan ikut perangai orang pelik yang kata, kalau kami tak buang sampah merata-rata, pekerja bandaran nanti tak ada kerja.
  • Sayangnya walaupun kat sini ada bilik air, keadaannya amat uzur. Selesaikan semua hajat awal-awal sebelum ke sini.
  • Tiada gerai di kawasan ini, melainkan kalau hujung minggu. Gerai sementara ada sekitar pintu masuk ke sini.

Harga Tiket

Percuma

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi
Jomjalan