Tentang Tarikan Ini :
Kalau anda sampai di Kota Belud, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke pantai Rampayan. bukan apa pantai ni cukup panjang. Dan selain dari layan pemandangan laut, ada beberapa aktiviti lain yang boleh anda buat kat sini.
Nak naik ATV boleh, berkuda boleh, belajar surfing pun boleh. Dan kalau anda sampai di Kota Belud nak merasa naik river cruise, ataupun snorkeling kat pulau Mantanani, ada beberapa operator di sini yang boleh selesaikan impian anda.
Ada Cabana Retreat
Kat kawasan pantai Rampayan ini juga ada pop out beach resort yang dinamakan Cabana Retreat. Cabana retreat ni ada khemah untuk ada tidur. Dari yang simple sampailah kepada taraf glamping romantik.
Kalau ada saja datang nak bergambar pun boleh. Cuma tak macam nak ke pantai yang percuma, nak masuk ke Cabana retreat ini kena bayarlah adik comel oi.
Cara Ke Sini
Pantai Rampayan ini letaknya kat kawasan Kota Belud, dalam 90 km dari Kota Kinabalu.
Kalau nak datang ke Kota Belud semata-mata untuk ke pantai ini tak berbaloi lah. Lagipun jarak perjalanan dalam 2 jam. Tapi kalau dah ada kat sekitar kawasan, mungkin boleh singgah bergambar.