POPULAR
Dekat Bandaraya
Kota Kinabalu memang istimewa. Antara sebabnya ialah adanya Pantai Tanjung Aru yang dekat dengan pusat bandar.
Kalau anda datang KK, jangan balik sebelum anda rasa angin laut bandar ini.
Apa lagi yang seronok dari tengok senja berlabuh, sambil santap lauk sayap ayam dan rasa sejuk jus buah di tangan?


POPULAR
Pada Orang Korea
Ini pantai paling popular di Kota Kinabalu. Dan ia penuh dengan gerai makan.
Jadi selain seronok tengok pemandangan, perut anda juga seronok dibuai makanan.
Yang paling penting, ini dikatakan antara tempat tengok matahari terbenam yang paling cantik kat Asia.
Dan ini sebab ramai orang Korea datang KK beriya-riya.
Pasirnya pun halus, dan kawasannya landai. Jadi anak-anak pun bebas berlari.
Masih perlu dibersihkan dari masa ke semasa. Kekalkan pantai mesra pengunjung pejalan kaki dan parking lot lebih banyak agar lebih ramai pengunjung boleh datang.
Cantik, tapi waktu pergi matahari tak turun belah situ. So okay jelah. Kedai pun tutup, so its better pergi awal .
And jalan nak masuk situ agak seram ya kalau waktu malam. Haha kalau pergi ramai2 ok je. Tp better siang la pergi sebab memang takde apa dah bila malam 😂
Loving the view and sunset! I naik GRAB shj and senang pickup dan drop off. Suitable for coming here with family and loved ones. I dtg masa hujan renyai2, tak byk pondok2 utk berteduh. Hopefully lepasni ada byk pondok2.
Datang hari jumaat, agak ramai orang sebab dah weekend. Sunset kat sini sumpah cantik! Area pantai ada warung² kecil jual makanan minuman. Enjoy your leisure time!
Merasai pengalaman yg indah saat melihat matahari terbenam..
Terdapat beberapa gerai mnjual makanan & minuman ,perhiasan,pakaian di tapak jualan di Pantai Tanjung Aru