Pantai Teluk Kemang

Tarikan Percuma

Pantai Teluk Kemang tidak akan menang sebarang anugerah pantai terbersih. Tapi ia masih pantai paling popular di Port Dickson.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 3 jam
Harga Tiket
Percumai
Lokasi
Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

OMBAK SEDERHANA

Sesuai Famili

Jika ke Port Dickson, inilah pantai yang turun-temurun popular untuk anak-anak berseronok.

Airnya keruh, jadi untuk mandi-manda ianya kurang ideal.

Akan tetapi untuk mereka yang berkeluarga, disebabkan ombaknya tidak ganas dan pantainya agak landai, ia adalah antara kawasan pantai yang selamat untuk anak kecil.

pantai teluk kemang

pantai teluk kemang

LAYAN JIWA

Angin Laut

Selain main pasir, ada jet ski dan banana bot untuk anda cuba. Kalau anak anda tidak mahu ke laut, ada kuda kerdil yang boleh mereka naik.

Oleh kerana pantai ini lengkap dengan tandas dan banyak warung-warung untuk makan dan minum, ia memang tumpuan ramai.

Jadi kalau datang semasa cuti sekolah, bersedialah untuk bersesak sedikit dengan pengunjung lain.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Pantai Teluk Kemang Pantai Teluk Kemang
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)