Pasar Antik Amcorp Mall

Tarikan Percuma

Anda layan barang lama? Jom pi tempat barangan antik dan terpakai popular kat Selangor ini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1-3 jam
Harga Tiket
Percuma
Jarak Dari KL
10 km / 20 min
Lokasi
Persiaran Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor

BARANGAN ANTIK

300 Gerai

Dengan lebih 300 gerai penjaja, ruang legar pusat membeli belah ini bertukar rupa menjadi pasar lambak bermula dari pukul 9 pagi hari Sabtu sampai ke pukul 5 petang esok harinya.

Jika kalau anda sukakan barangan antik atau barangan lama, ia tempat wajib pergi.

pasar antik amcorp mall

Apa Ada Kat Pasar Amcorp Mall?

pasar antik amcorp mall

Kat sini, anda boleh layan barangan-barangan antik. Anda boleh jumpa jam, piring hitam, radio lama dan baju bundle.

Nak cari kukur kelapa dan pisau lama sampai barangan yang menjadi kegilaan hobbyist macam duit lama, setem dan komik import, pun sinilah tempatnya.

Selain itu, ada juga permainan kanak-kanak, figura, buku, kamera lama dan pelbagai barangan logam dan plastik dari zaman lalu.

Penjaja di sini bukan sahaja datang dari Kuala Lumpur, tetapi juga datang dari segenap pelosok negara.

Kalau anda rajin berbual, anda bakal balik bukan sahaja dengan barangan antik, tetapi dengan ilmu dan nombor telefon kenalan baru.

Dan kalau anda peminat buku, singgah ke kedai BookXcess di Tingkat 3. Sebelum ia gah dengan kedai-kedai yang lawa-lawa, kat sinilah tapaknya. Boleh singgah dan beli buku pada harga murah.

Cara Ke Amcorp Mall

Naik tren RapidKL dan turun di stesen Taman Jaya.

Bangunan Amcorp Mall terletak bertentang dengan stesen ini.

Tips Membeli

  • Sebelum datang, pastikan anda tahu harga semasa barangan yang nak dibeli. Hanya kerana pasar Amcorp Mall ini nampak macam pasar lambak, tidak semestinya harga barang antik yang anda beli itu murah.
  • Ramai peniaga tidak pamerkan koleksi berharga mereka di atas meja pameran. Ini supaya ianya dapat dijual kepada pengunjung setia dan juga menyelamatkannya dari dicuri. Jadi anda kena ringan mulut bertanya kalau ada benda tertentu yang anda mahu,
  • Dapatkan kad nama penjual. Ramai penjual di sini yang ada kedai di negeri masing-masing. Barangan yang anda mahu mungkin tersimpan di kedai mereka.

Review

Jadi yang pertama beri review

Masukkan ulasan
Pasar Antik Amcorp Mall Pasar Antik Amcorp Mall
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)