Pasar Baru Bandung -  tempat shopping best bandung nanti

Pasar Baru Bandung

Pasar Baru Bandung, pasar tertua di kota ini adalah tempat beli belah wajib untuk berbelanja sakan di kota Paris Jawa ini.

Antara yang sering menjadi tumpuan pelancong wanita di Pasar Baru ini ialah telekung bersulam, kain ela dan kain lace.

Oleh kerana terlalu ramai rakyat yang berkunjung di sini mencari pakaian perkahwinan, jangan terkejut kalau penjual anda memberikan harga dalam ringgit dan bukannya rupiah.

Syurga Wanita

Jika anda biasa menghabiskan masa sekitar 3 – 4 jam di pusat beli belah, di Pasar Baru yang dipenuhi segala macam barangan tekstil ini, anda perlu meluangkan masa sehari suntuk atau lebih jika ingin melihat pelbagai baju sulam, kain sulam, jubah, batik dan beg beraneka jenama dan gaya. Harga yang dijual di sini boleh jadi serendah 1/4 dari harga barangan sama yang dijual di .

Contohnya, telekung bersulam yang dijual dalam RM 500 ke RM 600 boleh dibeli dengan harga RM 80 manakala telekung biasa yang dijual sekitar RM 60 ke RM 80 dijual dalam harga RM 20 sahaja. Yang lebih seronoknya, di Pasar Baru anda boleh mengasah bakat tawar menawar anda kerana hampir kesemua toko di sini menjual barangan mereka seperti pasar tradisional di mana tawar menawar dari pembeli memang sudah dijangka.

Jika anda belum habis berbelanja membeli pelbagai jenis fabrik dan masih gagah berjalan, anda juga boleh menjenguk ke tingkat 3 untuk mencuba pelbagai jenis jeans dan ke tingkat 6 untuk memborong beg dari pelbagai jenama antarabangsa yang boleh dibeli dengan harga semurah RM 20.

Oleh kerana ruang pasar ini yang luas dan setinggi 8 tingkat, pastikan anda pakai kasut bersesuaian agar tidak cepat lenguh. Jika anda membawa anak kecil, pastikan anda bawa makanan dan permainan secukupnya agar si kecil tidak terabai sewaktu anda leka berbelanja.

 Nota Penting

Pasar Baru dikatakan banyak penyeluk saku. Pastikan beg sandang anda dialih ke bahagian hadapan badan. Untuk mengira harga, gunakan kalkulator kecil. Jangan gunakan telefon bimbit anda yang canggih kerana anda bakal menarik perhatian penjenayah.

Buat senarai barangan yang mahu dicari di Pasar Baru. Jika tidak anda pasti habis berjuta tetapi masih tertinggal beberapa barangan penting

Pasar ini juga mempunyai ramai penjaja key-chain, rantai dan barangan cenderamata lain yang bakal mengekori anda untuk menjual barangan mereka. Jika anda tidak berminat, jangan tanyakan harga. Sekali anda bertanya tetapi tidak membeli, mereka akan mengekori anda sehingga anda menyerah kalah.

Jika anda datang berkumpulan, pastikan anda mempunyai nombor telefon rakan anda agar mudah berjumpa semula.

Waktu Operasi:

9 pg – 5 ptg

Kredit : Phalinn Ooi

Jomjalan