Tentang Tarikan Ini :
Dengan peniaga yang boleh berbahasa Melayu dan menerima ringgit, pasar ini cukup popular di kalangan rakyat yang gila berbelanja. Pendek kata, janganlah terkejut jika anda kerap bertemu wajah orang Cheras di mana-mana.
Pasar yang dianggap syurga membeli belah rakyat ini dikatakan mempunyai sekitar 3,000 kedai yang menjual pelbagai jenis fabrik, barangan kraf, sutera Vietnam dan kain bersulam yang memang digilai oleh pelancong kita.
Walaupun di dalamnya sesak dan panas tanpa pengudaraan yang baik, tempat ini tetap menjadi destinasi nombor satu kaum hawa. Jadi jangan lupa singgah untuk mengetahui sendiri apa yang seronoknya di pasar Ben Tanh ini.
Tips Pengunjung
1. Jika anda mencari magnet peti sejuk atau keychain, beli sahaja di luar pasar Ben Tanh. Kedai-kedai di sekitar kawasan hotel anda kemungkinan menjual barangan yang sama dengan harga lebih murah.
2. Peniaga di sini boleh jadi agak agresif dan bertindak menarik tangan anda terus untuk masuk ke kedainya. Dan yang bermasam muka jika anda tidak membeli barangnya. Jangan endahkan taktik-taktik ini jika anda sayangkan wang anda.
3. Peniaga di sini tidak suka jika anda menunggu atau berdiri di kedai mereka tanpa membeli apa-apa. Jadi jika rakan atau keluarga membeli dan anda pula berdiri menunggu di luar kedai bertentangan, jangan terkejut kalau dihalau dek peniaga kedai.
4. Jangan lupa beli biji bunga teratai kering. Sambil menunggu rakan atau isteri membelek kain, anda boleh membuat makanan snek ini sebagai kudapan.
5. Jaga-jaga dengan penyeluk saku.
6. Bawa air mineral bersama. Anda mungkin lama di dalam pasar ini jika datang bersama-sama seorang atau lebih wanita.
Harga Tiket
Percuma
Waktu Operasi
Setiap Hari : 6pg – 6ptg
Kredit: Saigon Airport Transfer