Pasar Kea Farm

Tarikan Percuma

(7 review)

Kalau jalan tak sesak, singgah beli sayur, buah dan cenderamata dulu di pasar popular tepi jalan ini.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
20 – 45 min
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Kea Farm, 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

TEPI JALAN

Sangat Popular

Kalau anda datang pada hari minggu yang bukan waktu cuti sekolah, tempat ini tak sesesak mana.

Tapi pasar tepi jalan ke Tringkap ini jem bila musim cuti dan hujung minggu tiba.

Tarikannya ialah kawasan ini ada buah, bunga, sayur sehingga cenderamata dan pelbagai kudapan.

Dari yang sejuk seperti aiskrim sampailah ke jagung bakar yang sedap diratah semasa cuaca sejuk, ia seperti magnet untuk kaum hawa.

Tak keterlaluan dikatakan bahawa tarikan popular ini antara punca trafik sesak di Cameron ini.

Apa Yang Ada di Kea Farm

Ini mini Cameron.

Kalau anda lapar, ada jagung bakar manis. Kalau anda suka bunga, banyak jenis bunga untuk dibawa balik.

Dan kalau anda terasa mahu bersedekah sayur pada jiran, terlalu banyak pilihan yang boleh anda jumpa.

Senang cerita, kalau anda dalam perjalanan balik dan bonet masih kosong, banyak kaktus, strawberri, teh ataupun cenderamata seperti bantal peluk strawberri boleh anda beli di sini.

Cuma jangan seronok sangat sampai letak kereta sesuka hati di line kuning. Respek pengguna lain.

Satu lagi, ambil tahu dulu harga sayur sebelum membeli.

Bukan apa, ada sayur yang harganya lebih murah di Mydin atau Tesco rumah anda.

Waktu Operasi

8:30 pg โ€“ 6 ptg

7 review utk Pasar Kea Farm

3.9
Berdasarkan 7 review
5 bintang
42
42%
4 bintang
28
28%
3 bintang
14
14%
2 bintang
0%
1 bintang
14
14%
1-5 dari 7 review
  1. Pergi hari Sabtu pagi, bangunan baru semua tutup. Katanya dah 3 bulan tutup, xda lesen.

    CH xbest, xmeriah dah macam dulu.

    Ayam gunting & bebola ubi pun dah xsedap. Bebola ubi ada yang liat daripada chewing gum.

    Kalau boleh rasa la dulu sebiji sebelum jual. Kesian kat gigi kitorang.

    Menu utama tu kalau gi pasar Kea Farm dulu. Lepas ni xtau la apa pulak ya yang menarik.

    (0) (0)
  2. Tempat wajib pergi kalau ke CH. Harga lebih murah berbanding tempat lain. Semua makanan yang popular di CH ada di sini. Antara yang patut dicuba adalah jagung susu & strawberi.

    (0) (0)
  3. Seronok datang sini sbb boleh beli strawberry. Pusing seluruh kea farm dlu baru decide nk beli dkt mana, sbb harga beza beza.

    Kalau nk bwk balik, better beli strawberry yg ada hijau sikit sikit. So sempat simpan 2-3 hari dkt bawah. Kalau yg merah nnti smpai bawah jadi terlebih masak. Enjoyy! Xoxo

    (0) (0)
  4. Penjual meletakkan barang jualan dikaki5 kedai, tidak mesra/tiada laluan untuk kerusi roda atau kereta tolak kanakยฒ, kedaiยฒ berserabut, parking dah jadi RM5 sekali masuk. Masuk tandas Rm 0.50.

    (0) (0)
  5. pasar nie boleh beli jagung/ strawberry harga borong.
    jagung susu/ mutiara/ madu boleh dapat harga 9 bijik rm 20, atau 7 bijik harga rm20. harga boleh nego. strawberry boleh beli dalam kilo: harga rm35 :1 kilo.

    parking masuk bayar rm5.00. kalau datang masa hari hujan dia jual lagi murah

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Pasar Kea Farm Pasar Kea Farm
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)