Pasar Lok Kin

Tarikan Percuma

(3 review)

Untuk peminat barang terpakai dan antik, Pasar Lok Kin bukanlah satu tarikan yang asing di Ipoh, Perak.

Anggaran Masa Utk Aktiviti
1 – 3 jam
Penting
Hanya dibuka setiap Ahad ( 7 pagi – 12 tgh hari)
Harga Tiket
Percuma
Lokasi
Jalan Lim Bo Seng, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak, Malaysia

HUJUNG MINGGU

Pasar Tumpuan

Pasar yang diadakan hanya pada setiap hari Ahad ini adalah tumpuan penduduk Ipoh dan memang dinantikan kehadirannya setiap minggu.

Rata-rata yang datang awal ialah pengumpul barangan terpakai seperti kasut dan jam tangan lama.

Pengumpul ini datang seawal 7 pagi, iaitu sewaktu penjual sedang mengeluarkan barang mereka, untuk memastikan yang barangan terbaik tidak terlepas ke tangan orang lain.

pasar lok kin

pasar lok kin

ATAS JALANRAYA

Antik dan Terpakai

Selain dari barangan tersebut, ada pelbagai barangan lain yang diselerakkan di atas jalanraya — dari kelengkapan rumah dan kereta hinggalah ke aksesori telefon dan ubat kuat.

Jika anda pengumpul setem lama, duit lama, barangan tembaga dan pelbagai barangan “collectibles”, jangan lupa datang ke Lok Kin.

Apa yang dianggap sesetengah orang sebagai pasar karat mungkin syurga beli belah untuk anda.

Tips Pengunjung

  • Datang seawal 8 pagi kerana tempat letak kereta terhad dan kerap sesak.
  • Tempat makan ada tetapi terhad. Rancang lokasi untuk sarapan anda bila ke sini.
  • Tempat makan yang hipster atau ada vibe best sekitar area ini (jarak jalan kaki)  adalah Warung Teater @ Cathay by Nifayyi dan Mohd Chan Ipoh.
  • Jangan malu tawar menawar. Ini  sesuatu yang biasa di sini.

3 review utk Pasar Lok Kin

4.7
Berdasarkan 3 review
5 bintang
66
66%
4 bintang
33
33%
3 bintang
0%
2 bintang
0%
1 bintang
0%
1-3 dari 3 review
  1. Mungkin sekarang Pasar Karat ni dah viral. Nak cari parking pun tak semudah 15 tahun dulu

    (0) (0)
  2. Tempat vintage dan retro, banyak barang antik, keris, parang, cincin, kaset, video dan radio hi fi lama, piring hitam, duit kertas dan syiling dan bermacam2 lagi,

    kalau dibelek satu persatu memang tak habis jalan.

    Selain dari barang antik ada juga barang2 baru, hot wheels stickers, topi, kasut dan sebagainya.. ada juga yang jual baju2 rock band dan underground band lama.

    Apa2pun memang kena datang sendiri dan pusing habis pasar karat ipoh ni.

    (0) (0)
  3. Bayak jualan di sini. Meriah. Penuh orang bila jam 9:30pg ke atas. Banyak barang2 lama dijual di sini. Tak nak beli pn tak pe, kita blh tgk barang2 yang dijual. Seronok mengimbau kenangan lama2 di sini.

    (0) (0)
Masukkan ulasan
Pasar Lok Kin Pasar Lok Kin
Rating Saya*
0/5
* Rating is required
Review Saya
* Review is required
Nama
* Name is required
Masukkan gambar atau video utk review ini (jika ada)